Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Sunday 31 August 2014

Wah!! Mantaplah Meal Shake....

Assalamualaikum sahabat-sahabat blog azunaurah yang setia...

Bulan September yang cun ni adalah bulan promosi Meal Shake. Bukan macam baru je ke promosi ni? Betul, tapi cuba ingat balik kenapa promosi Meal Shake datang lagi?

Tentulah sebab Meal Shake ni ada kesannya yang tersendiri membuatkan semua seisi keluarga JATUH HATI....

Ok, mari sini azu cerita tentang Meal Shake yang hebat ni. Meal Shake Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi- buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactabulmin (sejenis susu) dan lain-lain.

Apa yang dimaksudkan dengan Lactabulmin ni?

Lactabulmin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Kebiasaannya, ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

Meal Shake Shaklee dihasilkan untuk semua golongan termasuklah bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran (vegetarian), orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera.

Jadi, jika anda mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat, Meal Shake Shaklee merupakan pilihan bijak.

Saya pakar dalam bidang konsultasi pengambilan suplemen Shaklee, jika anda ingin mendapatkan khidmat konsultasi Shaklee yang terbaik, sila hubungi Azu Naurah di talian 012 670 5753.



Friday 29 August 2014

Peminat ESP

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada pelawat-pelawat blog azunaurah. Semoga kalian semua berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah yang berpanjangan.

Bestnya pagi ni...Ok lah saya nak kongsikan sedikit maklumat atau info tentang minuman kegemaran ramai....ha, apa lagi? Tentulah ESP yang orang asyik sebut2 tu kan.

Jom kita teliti dulu apakah kepentingan protein?

Kepentingan Protein

*bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia.
*Ia juga merangsang fungsi psikologi

*Kekurangan protein akan menyebabkan:

*kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit,
*masalah lebihan air yang tinggi dalam badan,
*kehilangan kepejalan otot,
*perubahan warna rambut,
*bantut pertumbuhan
*masalah penghadaman
*masalah penghasilan darah dan hormon
*kegagalan fungsi organ

Jadi, apabila ianya sangat penting pada tubuh manusia maka mari kita baca pula apakah keistimewaan dan manfaat yang akan diperolehi oleh penggemar-penggemar ESP.

*Awet muda: Asid amino yang penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda....wah!...I like...

*Baik untuk hormon: Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.

*Baik untuk prostat: Genestein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.

*Kulit remaja: Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

*Pembekal Tenaga: Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia sangat baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan.

*Memperbaiki Pigmentasi: Memperbaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, memperbaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.

*Memperbaiki memori: Meningkatkan kualiti memori

Menarik sungguh fakta ni kan...

Untuk maklumat lanjut, hubungi pakar konsultasi ESP anda hari ini....

Azu Naurah
012 670 5753
FB Azu Naurah


Thursday 28 August 2014

AJHT yang SUPERB!!

Assalamualaikum dan selamat pagi buat pembaca blog azunaurah yang setia.

Kali ni saya nak berkongsi dengan anda semua tentang kebaikan Advance Joint Health Complex (AJHT). Untuk pengetahuan semua, saya berikan AJHT ini kepada abah saya.

Ok, jom kita kenali dulu apa kandungan AJHT ni ye. AJHT mengandungi satu bentuk ekstrak Boswellia yang telah ditunjukkan dalam kajian klinikal, mampu meningkatkan keselesaan sendi di dalam jangkamasa seawal 5+ hari.....

Apakah ramuannya?
Ramuan yang dirumus secara saintifik ini merangkumi ramuan yang terbukti secara klinikal:
* Menggalakkan mobiliti
* Meningkatkan fleksibiliti
* Meningkatkan fungsi sendi
* Menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa panjang

Ia merangkumi kombinasi nutrien kesihatan sendi yang direka khas: zinc, kuprum, manganese dan vitamin C. Setiap satunya memainkan peranan yang unik dan kritikal di dalam membangunkan kolagen penghubung dan rawan yang sihat.

Tidak seperti kebanyak suplemen kesihatan sendi, AJHT tidak mengandungi kondroitin iaitu satu bahan yang terbukti di dalam ujian klinikal menghalang penyerapan glukosamin. AJHT adalah 100% bebas kekerang dan 100% vegetarian serta tidak langsung mengandungi sumber haiwan.

Mari kita tambah ilmu tentang ramuan utama di dalam AJHT....

Ekstrak Boswellia: Diperolehi dari resin pokok Boswellia serrata, ekstrak botanikal ini mengandungi asid boswellik yang menghalang formasi leukotrien, kimia yang dihasilkan oleh tubuh yang menyerang tisu sendi menyebabkan ketidakselesaan sendi. 

Ekstrak proprietary Boswellia yang digunakan di dalam AJHT mengandungi konsentrasi yang tinggi AKBA (3-acetyl-11-keto-beta-boswellic acid), satu asid boswellik dan lain-lain konstituen Boswellia yang digabung untuk menghasilkan bioaktiviti yang lebih unggul dari hanya AKBA. Di dalam kajian klinikal terbaru, para peserta yang mengambil ekstrak Boswellia di dalam AJHT melaporkan keselesaan sendi yang lebih baik, pergerakan yang lebih mudah dan kemampuan yang lebih untuk melakukan aktiviti harian berbanding dengan mereka yang mengambil suatu lagi jenis ekstrak Boswellia yang mengandungi tahap AKBA yang lebih tinggi.

Ekstrak jagung membekalkan sumber glukosamin yang pekat.
Glukosamin: adalah satu jenis gula amino yang berfungsi sebagai blok utama pembinaan struktur proteoglycans, komponen struktur rawan dan cecair di antara tulang yang membekalkan pelinciran. Banyak kajian yang telah diterbitkan menunjukkan suplemen glukosamin membantu meningkatkan pelbagai gerakan, mobiliti dan fleksibiliti. Kajian bertahun-tahun glukosamin sendi untuk jangka panjang. AJHT menampilkan glukosamin hidroklorid, sumber yang paling tinggi konsentrasinya. Ianya diperolehi dari sumber sayuran berbanding dengan kebanyakan glukosamin yang diperolehi dari sumber kekerang.

Vitamin C: New Advance Joint Health Complex membekalkan 100% Daily Value (Nilai Harian) Vitamin C, satu nutrient yang diperlukan bagi sintesis kolagen.

Zink, kuprum dan mangganes: Mineral surih ini diperlukan untuk membina tisu penghubung.

Saya teruja sangat cadangkan AJHT ni pada abah saya. Kesian tengok abah tak larat berdiri lama. Sekarang ni abah saya dah bertambah sihat, walaupun kadang-kadang ada juga tak laratnya tapi sekurang-kurangnya AJHT ini dapat membantu.

Ok lah, nanti saya sambung lagi.
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi
Azu Naurah
012 670 5753
FB Azu Naurah

Saturday 23 August 2014

Keunikan Zinc Complex Shaklee

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat yang saya hormati semua...

Hari ini saya ingin kongsi bersama dengan anda semua tentang kebaikan Zinc Complex Shaklee. Untuk pengetahuan semua, Zinc complex ini dirumus dari zinc glukonat semulajadi dan bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh kita.

Zinc ini sesuai untuk pengambilan jangka panjang. Ianya berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.

Mari kita teliti kebaikan utama Zinc Complex ini.

* Mengaktifkan 200 jenis enzim
*Membentuk Kolagen
*Membantu memperbaiki diabetes
*Membantu menghilangkan bintik putih di kuku
*Mempertingkatkan sistem imun
*Mempercepatkan Pemulihan luka
*Memperbaiki masalah prostat
*Memperbaiki kemampuan seks lelaki
*Ovulasi wanita
*Memperbaiki radang kulit
*Mengekalkan deria bau

Zinc adalah khazanah lelaki. Zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Defisiensi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra-matang dan gugur rambut. Oleh itu, zinc amat diperlukan dari peringkat umur remaja hingga ke usia tua.

#Sayangi diri, sahabat dan keluarga kita.

Untuk maklumat lanjut

Azu Naurah
012 670 5753

Friday 22 August 2014

SHAKLEE menceriakan hidupku....

Assalamualaikum kepada pelawat-pelawat blog azunaurah semua...

Dari Mata Jatuh ke Hati...
Hari ini saya ingin berkongsi secebis kisah hidup saya bersama Shaklee. Saya adalah seorang insan yang ingin hidup luar biasa bernama Zurina Binti Sarlan yang mempunyai kerjaya sebagai seorang pendidik. Merupakan ibu kepada 3 orang cahaya mata yang diberi nama Zulfa Hanis Binti Lokman Nor Hakim, Muhammad Lutfi Hadi Bin Lokman Nor Hakim dan Nur Syuhada Nafisah Binti Lokman Nor Hakim. Sejujurnya saya mengenali Shaklee secara rasmi pada bulan Disember 2013 sehinggalah pada 31 Disember tahun yang sama saya mengambil keputusan untuk menjadi mendaftarkan diri menjadi ahli Shaklee serta pengedar Shaklee yang sah.

Alhamdulillah....saya bertemu dengan insan hebat bernama Kaklong Nuzula. Pada mulanya saya memang tidak berminat tentang post-post beliau di FB tentang Shaklee tapi suratan takdir yang menentukan akhirnya pintu hati saya terbuka juga untuk menerimanya.

Apa yang menarik tentang Shaklee? Dulu saya pernah terfikir, "kalau aku tak bersama Shaklee atau tak ambil suplemen2 Shaklee, adakah hidup aku tidak menyeronokkan"? Itu bisikan-bisikan hati yang sentiasa mengganggu fikiran saya suatu masa dulu.

Nak buat keputusan secara berterusan mengamalkan suplemen bukan sesuatu yang perlu dipandang ringan. Semua aspek saya fikirkan, sebelum benar-benar mahu menjiwai kebaikan Shaklee. Saya harus keluar dari kepompong kehidupan yang biasa-biasa kepada satu kehidupan yang luar biasa. Satu persoalan yang sentiasa menerjah di fikiran sesiapa saja daripada kita ialah "macamana orang tu boleh jadi kaya?", "macamana aku nak jadi seperti dia?".

Agen Perubahan Diri...
Akhirnya, penemuan ini benar-benar membawa erti yang sangat mendalam dan memberi kesan di hati saya. Rupa-rupanya ini caranya untuk menjadi kaya seperti yang dianjurkan dalam Islam. Sejujurnya, walaupun saya belajar dalam bidang agama tapi belum tentu semua amalan yang sudah diketahui itu saya laksanakannya dengan baik dan istiqamah. Alhamdulillah, saya terasa jiwa ini tidak lagi kosong seperti tin kosong yang tidak berguna lagi. Terlalu banyak hikmah yang saya perolehi setelah mengenali dan terjebak dengan dunia Shaklee. Bukan sahaja untuk kesihatan mental dan fizikal yang kita akan perolehi, malah spriritual kita juga sentiasa sihat dan mantap andainya amalan-amalan itu dilaksanakan dengan hati yang ikhlas dan istiqamah.

Perjalanan saya dengan Shaklee bukanlah sesuatu yang mudah tanpa diiringi cabaran. Linangan air mata yang berguguran cukuplah hanya Pemilik diri ini yang mengetahuinya. Sesungguhnya Dia Yang Maha Berkuasa dan Bijaksana dalam mengatur hidup saya bersama Shaklee. Diri saya bukanlah sempurna, pernah juga melakukan kesilapan. Apa juga yang berlaku, segala mehnah dan cabaran yang terpaksa ditempuh, saya panjatkan doa memohon agar semua hajat saya dimaqbulkan. Cita-cita dan impian saya sangat BESAR dan TINGGI, andainya saya tidak kuat untuk menghadapi setiap cabaran yang mendatang, mana mungkin cita-cita dan impian saya itu akan tercapai.

Keceriaan dan kegembiraan...
Hari demi hari, bulan demi bulan kini sudah 8 bulan saya hidup bersama dunia Shaklee. Untuk pengetahuan bersamaa, suplemen pertama yang saya kenali pada mulanya adalah alfalfa. Disebabkan alfalfa ini seperti tablet herba seakan-akan jamu, maka saya terus mengamalkannya hingga ke hari ini dan dapat merasai sendiri kebaikannya. Anak-anak saya juga sudah pandai dan tahu yang ibu mereka ini pengedar Shaklee. Zulfa Hanis anak saya yang sulung memang pandai mengeja SHAKLEE dan bercakap pasal vitamin, anak-anak saya sangat sukakan Nutriferon, Meal Shake, Omega dan Chewable Vitamin C. Paling mereka gemar Nutriferon dan Omega, kadang-kadang apabila saya kehabisan stok kedua-dua vitamin ini, mereka mengeluh dan paksa saya untuk beli lagi cepat-cepat. Nak tak nak, kenalah saya belikan juga.

Setiap hari, pasti mereka yang mengingatkan saya supaya memberi mereka vitamin sebiji setiap seorang. Mereka juga sudah memahami dos pengambilan vitamin untuk kanak-kanak hanya sebiji satu hari. Kadang-kadang bila si adik nak lebih, Zulfa akan cepat-cepat mencelah dan berkata "ibu kata 1 hari 1 je"..memang dah fahamlah tu...:)

Erti sahabat yang sebenar. Ya, dengan mengenali Shaklee saya kenal apa erti sahabat yang sebenar. Mana satu kawan dan mana satu lawan. Hal ini sedikitpun tidak melemahkan semangat saya untuk terus bersama Shaklee kerana Master-master Shaklee terutamanya Master Hafsah Mardhiah termasuk Kaklong Nuzula juga sentiasa mengingatkan saya bersama adik beradik Shaklee yang lain agar menjadi "KATAK PEKAK". Sebenarnya masa mula-mula dapat 'statement' ni, saya geli, sebab saya tak suka katak. Tapi akhirnya saya anggap saja katak itu adalah sejenis binatang lain, jadi selesailah masalah...:)-

Perkongsian yang sebenar...
Benarlah kata-kata mereka yang sudah berjaya, andainya diri kita ini menjadi seorang jurujual sahaja, kita akan penat. Andainya kita jadikan diri kita sebagai seorang rakan yang sukakan perkongsian tentang sesuatu kebaikan, kita pasti akan mendapat satu kepuasan dan seterusnya dapat memikat hati pelanggan.

Banyak ilmu yang saya pelajari daripada kehidupan bersama Shaklee, suka duka, cerita, kasih sayang, semangat, bantuan dan banyak lagi yang saya perolehi hasil semangat setiakawan dan komitmen yang diberikan oleh adik beradik saya di dalam grup, termasuklah grup ciptaan saya sendiri.

Bercakap tentang hal perkongsian ini sebenarnya terlalu banyak manfaat yang akan kita perolehi terutamanya kepada keluarga sendiri. Bermula dengan seorang kakak, bertambah lagi kepada seorang kakak, mak dan akhirnya abah saya menjadi pengguna tegar suplemen Shaklee, Alhamdulillah.

Pengorbanan...
'Push Factor' saya yang terbesar untuk berjaya dengan Shaklee ialah ingin memberi tiket haji kepada mak dan abah atau mak dan ayah (mertua) saya. Pengorbanan mereka dalam membesarkan anak-anak memang tidak terbalas sampai bila-bila, namun dengan usaha kecil saya ini diharap dapat memberi sinar dan cahaya kegembiraan buat mereka setelah bersusah payah membesar dan mendidik anak-anak. Tiada kata-kata yang terindah mampu saya ungkapkan buat mereka, cukuplah dengan pemberian bermakna ini nanti dapat mengakhiri penantian mereka sekian lama untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah dan seterusnya menjadi tetamu Allah yang mulia.

Mak dan abah adalah permata hati saya yang telah banyak berkorban masa, tenaga, wang ringgit dan segala-galanya untuk membesarkan kami 8 orang adik beradik. Jika diimbas kembali, seperti tiada apa bantuan yang saya hulurkan buat mereka sehingga hari ini. Dengan cita-cita dan impian yang besar ini nanti, diharapkan hajat saya dan juga mereka diterima oleh Nya.

Cita-cita dan Impian...
Terima kasih kepada insan-insan hebat yang sentiasa ingin berkongsi ilmu untuk menjadikan kita bangsa yang KAYA dan BERJAYA. Saya sangat menyukai ilmu-ilmu perniagaan Dr. Azizan Osman, Irfan Khairi dan beberapa orang lagi yang sangat ternama di kalangan orang berniaga.

Cita-cita dan impian yang saya keluarkan melalui 'VISION BOARD', 101 Impian dan 'target' setiap bulan menjadikan diri saya semakin berdisiplin untuk menguruskan diri, keluarga dan masyarakat. Untuk menjadi orang yang berjaya, janganlah kita terlalu banyak mencipta alasan. Andai ini kita jadikan kebiasaan, maka jadilah cita-cita dan impian itu sebagai 'harapan tinggal harapan'. Bagaimana cara untuk menjadi insan luar biasa yang boleh keluar dari pulau alasan ialah dengan bertindak secara berterusan. Kunci ini datangnya dari dalaman kita, jika benar-benar kita inginkan sesuatu, maka 'berusahalah sehabis daya dan waktu'. Selagi hayat dikandung badan, teruskan sahaja walau apa yang berlaku. Mudah-mudahan harapan saya untuk menjadi WAHM yang BERJAYA dapat direalisasikan.

Walaupun saya masih di tahap 'Supervisor', saya tetap bersemangat untuk bersama Shaklee dan ingin mewariskannya kepada anak-anak saya nanti. Disaat ini, tiada apa yang melemahkan semangat saya untuk terus kuat dan maju serta berdaya saing dengan insan-insan yang berniaga di luar sana. Setiap hari saya panjatkan doa memohon kepada Yang Esa agar diberi peluang untuk membantu insan lain BERJAYA. Dalam erti kata lain berjaya bersama-sama.


Dikelilingi insan HEBAT...
Tidak pernah saya terfikir sebelum ini ingin bersama-sama 'grup jutawan' yang terlalu banyak khazanah ilmu di dalamnya untuk diamal dan dikongsi bersama. Jangan kita fikir diri kitalah yang paling hebat, sebenarnya ramai lagi insan hebat di luar sana yang kita tidak tahu. Bagaimana kita dapat menjadi hebat seperti mereka? Tepuk dada, tanyalah diri sendiri.

Pelbagai cara, idea, prinsip, tips dan bermacam-macam lagi perkongsian yang telah diberikan oleh orang-orang yang hebat kepada kita. Selagi kita tidak memulainya atau terus melangkah ke hadapan, maka tiada gunalah segala ilmu yang telah mereka curahkan demi sebuah KEJAYAAN yang kita idam-idamkan.

Sesekali saya terfikir, 'adakah aku layak untuk membantu insan lain menjadi KAYA dan BERJAYA?' Ya, semua orang mampu melakukannya, 'kenapa mereka boleh tapi aku tak boleh?' Selagi kudrat dan akal kita cukup sempurna sifatnya, maka kita juga boleh menjadi insan hebat seperti mereka. Tiada yang mustahil bagi Allah untuk menentukan yang terbaik buat diri kita.

Aku Janji...
Saya berjanji kepada diri saya sendiri bahawa 'saya akan setia bersama Shaklee'. Walau badai ribut melanda saya serahkan kepada yang Maha Kuasa. Di sini saya kongsikan bersama prinsip yang saya pegang untuk terus menjadi insan BERJAYA di dunia dan akhirat:
1. Jaga hubungan dengan Allah dan manusia
2. Jangan lupakan ibu bapa
3. Percaya kepada diri sendiri dan dengar kata hati serta berfikir menggunakan akal fikiran yang waras
4. Jujur kepada diri sendiri
5. Sentiasa fokus dan mempunyai matlamat dalam apa ingin dilakukan
6. Tidak perlu mengejar wang dan kemasyhuran kerana ia akan datang dengan sendiri apabila kita berhak untuk mendapatkannya serta ingatlah bahawa bekerja keras tidak pernah merosakkan seseorang
7. Menjaga hati pelanggan dengan seikhlas hati nurani
8. Tidak mudah berputus asa dan takut melakukan kesilapan dalam hidup
9. Berkongsi ilmu tentang pengalaman, kepakaran dan minat dengan sesiapa sahaja kerana cara ini kita akan dapat berkembang maju dan banyak belajar sesuatu melalui perkongsian yang dibuat
10. Jangan sesekali melupakan asal usul kita

Penghargaan...
Akhir kalam penutup bicara hati saya bersama Shaklee ialah jutaan terima kasih kepada insan yang telah banyak jasanya membimbing saya untuk menjadi insan yang kuat dan terus berjaya iaitu Kaklong Nuzula. Beliau telah banyak berkongsi ilmu dan menurunkannya kepada sesiapa sahaja yang menjadi rakannya di 'facebook' terutamanya yang berada di dalam keluarga besar ciptaannya.

Setinggi-tinggi penghargaan juga buat Master Hafsah Mardhiah yang banyak mencurahkan ilmu secara langsung atau tidak langsung dalam usahanya untuk terus membangkitkan semangat saya dan memajukan diri dalam bisnes yang saya cintai ini. Tidak lupa juga kepada Master Nur Zahirah atas perkongsian ilmu yang sangat berharga pada setiap detik waktu dan ketika dalam menyumbangkan ilmunya untuk warga yang ingin berjaya seperti saya.

Kepada sahabat-sahabat baik saya yang sangat ramai di dalam 'grup Synergy Stars' dan 'Golden Dreams', terima kasih kerana menjadi sahabat saya dan berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat untuk diri ini yang sentiasa dahagakan ilmu demi kejayaan kita bersama.

Buat insan istimewa yang sentiasa berada di sisi, terima kasih yang tidak terhingga kepada suami saya kerana memberi keizinan untuk saya meneruskan bisnes ini walaupun sokongan yang diraih daripadanya belum cukup 100%, mungkin akan tiba saatnya nanti setelah diriku berjaya. In shaa Allah..

Anda Ingin sertai saya bersama keluarga SHAKLEE?

Azu Naurah 012 670 5753







Saturday 2 August 2014

GLA setanding EPO....kisahku dan jerawat..

GLA Complex...

Assalamualaikum sahabat2 blog saya semua...ada info menarik tau, jemputlah baca ye...

Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. 

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  Tidak digalakkan bagi perempuan mengandung


Di atas tu semua adalah fakta. Saya nak kongsikan sedikit tentang testimoni GLA  yang berlaku ke atas diri saya.

Ceritanya begini, saya dan jerawat memang susah untuk dipisahkan. Hari demi hari saya sentiasa cari penawar yang dapat memudarkan parut jerawat dan tempat-tempat biasa yang jerawat saya suka tinggal.

Tempat yang paling glamour tentulah di pipi. Fuhh...ini memang jenuh untuk dicantas. Bermula dengan alfalfa, vitamin C, vitamin E, B complex hinggalah yang paling sedap sekali vivix. Namun semua itu hanya sementara.

Bila saya 'termakan' benda2 yang terlarang seperti udang dan sotong, maka jerawat saya pun makin tumbuh tanpa segan silu.

Haihhh...letih nak melayan jerawat ni tau...

Sampailah satu masa, saya terpaksa buka stok GLA complex yang saya simpan untuk dijual kepada customer yang mempunyai masalah kesuburan. Rupanya GLA itu adalah hak milik mutlak saya atas kehendakNya...

Walaupun saya tahu, GLA juga termasuk dalam set kecantikan, namun saya tetap mahu fokuskan ia kepada set kesuburan. Akhirnya, saya akur yang GLA ini mampu menyembuhkan jerawat saya yang semakin bersarang di pipi....HUHUHU...malu you...

Sekarang dah hampir 2 minggu saya gunakannya. Hasilnya memang ternyata apabila setelah mengambilnya 2 biji sehari, saya perhatikan tona kulit menjadi sekata dan jerawat semakin pulih dan tenggelam. 

Nampaknya betullah yang GLA ni mampu memberi keanjalan pada kulit dan memperbaiki kulit muka yang mempunyai masalah jerawat seperti diriku ini.

Sekarang saya masih consume lagi dengan GLA dan saya sangat berpuas hati dengan hasilnya...

Jika anda ingin mencuba set kecantikan Shaklee, saya cadangkan anda ambil GLA,VIVIX, COLLAGEN atau Vitamin E...(paling power)

atau ESP,Vitamin C, Vitamin E, B complex...(yang ni pun best tau...)

Selamat mencuba...
Sebarang konsultasi produk Shaklee, anda boleh hubungi saya....

Azu Naurah
012 670 5753

Promosi Ogos 2014 beli 6 percuma 1 GLA complex....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel