Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Tuesday 30 September 2014

ESP Minuman Kegemaran Seisi Keluarga

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengurniakan bermacam-macam nikmat yang tidak terkira banyaknya kepada kita hambanya.

Saya sangat teruja pagi ini untuk berkongsi info dengan anda semua. Apa yang saya miliki semuanya dari Allah. Begitu juga dengan ilmu, ianya datang daripadaNya dan tidak sedikitpun saya ingin menyembunyikan nikmat yang Allah kurniakan itu daripada anda semua.

Kenapa ESP menjadi pilihan ramai?

Soy Protein Isolate Powder atau lebih dikenali sebagai ESP merupakan protein yang sangat baik untuk tubuh kita kerana:


  • ia membekalkan tenaga berpanjangan dengan kebaikan protein berkualiti tinggi yang dihasilkan daripada tumbuhan



  • ESP berbentuk serbuk yang merupakan sumber protein soya yang lengkap iaitu 14 gram protein soya bukan GMO (non GMO) yang  berkualiti  tinggi termasuk sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.



  • ESP mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolestrol berbeza dengan protein daripada sumber daging, telur dan tenusu.



Keistimewaan ESP Shaklee

Antara produk kegemaran yang paling saya suka ialah ESP. Pertama kali merasai sendiri ESP terus membuat saya jatuh cinta dan tidak pernah 'miss' untuk menikmatinya setiap hari.

Kadang-kadang saya campurkan dengan Shaklee Collagen Powder. Adakalanya saya campurkan dengan Cinch Shake Cafe Latte, Vivix, Meal Shakes atau Performance Drink.

Rasanya memang sangat sedap dan anda pasti ingin menikmatinya berkali-kali. OPPsssss tapi anda harus ingat, ESP tidak digalakkan untuk diambil lebih daripada 3 sudu besar kerana ia akan membebankan ginjal.

Bercakap mengenai keistimewaannya, ESP Shaklee:


  • Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar



  • ESP mengandungi lima Vitamin B penting iaitu separuh daripada nilai harian kalsium serta isoflavon soya. Kajian menunjukkan bahawa soya dapat mebantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus*.



  • Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP) di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal.

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Selamat menikmati keenakan ESP bersama insan yang tersayang!!


Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com





Monday 29 September 2014

Tip Meningkatkan Keyakinan Diri dalam perniagaan



  1. Mulakan berniaga kecil-kecilan. Walaupun berniaga secara kecil-kecilan namun perniagaan itu milik kita sendiri. Jadilah kita Bos kepada diri sendiri.
  2. Yakin bahawa berniaga mulia di sisi Islam
  3. Yakin bahawa perniagaan kita berada di pihak yang benar
  4. Lakukan perniagaan secara sah dan telus
  5. Berterus terang
  6. Definisikan perniagaan anda
  7. Tidak melibatkan diri dengan rakan kongsi yang tidak jelas identiti
  8. Mempunyai lokasi perniagaan yang jelas
  9. Berdisiplin tinggi walaupun perniagaan anda mudah sifatnya
  10. Menetapkan waktu bekerja
  11. Menetapkan hari bekerja dan hari bercuti

Step By Step Memperbaharui Matlamat

Ingin menjadi manusia yang cemerlang atau usahawan yang terbilang? Jom perbaharui matlamat kita setiap hari!

Step 1
Matlamat Perniagaan
                Sebagai usahawan, anda sudah mempunyai matlamat dalam perniagaan? Pastikan anda sudah melengkapkan senarai semak di bawah:
*  Langkah pertama yang perlu dilakukan
*  Perkara yang perlu dibuat pada minggu pertama
*  Sasaran perniagaan pada setiap minggu, bulan, enam bulan dan tahun

Jika setiap hari anda cemerlang, maka setiap minggu anda berpotensi untuk cemerlang. Jika setiap bulan anda cemerlang, maka setiap tahun  anda juga akan cemerlang….In Shaa Allah, begitulah seterusnya.

Step 2
Persediaan Sebelum Hari Esok
                Inilah yang dikatakan RCA setiap hari. Jadi kita focus dan buat sasaran harian serta jadikan ia sebagai doa dan pendorong. Senaraikan sasaran harian untuk hari esok sebelum anda melelapkan mata. Perkara ini sangat mudah bagi anda sebenarnya jika sudah dilazimi setiap hari.
                Tiap-tiap pagi ketika bangun daripada tidur, amalkan doa “ Ya Allah, jadikan hari ini hari terbaik buatku. Jika aku mati pada hari ini, matikan aku dalam iman. Jika umurku masih panjang, jadikan hari ini hari yang terbaik dan lebih baik daripada semalam.”
                Sekiranya doa yang anda amalkan tadi disusuli dengan permintaan secara spesifik, itu adalah lebih baik. Mudah-mudahan dimaqbulkan oleh Allah.

Step 3
Langkah Pertama yang Positif
                Tetapkan sekali lagi sasaran harian anda sebelum melangkah keluar dari pintu rumah. Sebaik sahaja tiba di pejabat, coretkan sasaran harian anda. Ramai orang yang gagal membuat sasaran harian, jadi bagaimana hendak melangkah kea rah kecemerlangan?
                Seandainya anda pasakkan tekad di hati, pasti anda akan bertindak dengan pantas dan tepat. Sesungguhnya tiada yang mustahil bagi Allah, Dia yang berkuasa atas segala sesuatu dan Dialah pemilik segala apa yang kita hajati. Oleh itu, jagalah hubungan dengan Allah dengan sebaik-baiknya. In Shaa Allah Dia memperkenankan segala doa yang dipohonkan tadi.

Sekian…..Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama.

Selamat Maju Jaya!!

Azu Naurah
012 670 5753
azunaurah@gmail.com

Bahan Pencuci dan Penapis air Bersih Shaklee

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Bangun pagi setelah selesai urusan ibadah, semestinya anda meneruskan aktiviti harian seperti pergi kerja, menguruskan hal anak-anak dan tak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk mengemas dan membersihkan rumah.

Pernah anda perhatikan bahan-bahan yang terkandung di dalam bahan pencuci yang anda gunakan di rumah sekarang? Atau mungkin anda hanya mengambil kira tentang bau haruman sesuatu produk itu sahaja. Andainya betul telahan saya ini, apa kata anda ambil perhatian tentang kesan bahan-bahan kimia yang terdapat pada bahan-bahan pencuci yang anda gunakan sekarang. 

Kita memang tidak akan nampak kesannya hari ini, tetapi mungkin suatu hari nanti...nauzubillahi min zalik. Bukanlah saya meminta perkara buruk berlaku tetapi bukankah lebih baik kita sentiasa peka dan mengambil sikap berhati-hati.

Jom kita perhatikan kelebihan dan keistimewaan set penjagaan rumah Shaklee!!

Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate




Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun

Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun
Setiap botol Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate dengan kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan dan dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata. 

Basic H² berkesan untuk membersihkan tumpahan susu, mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan1001 kegunaan lagi. Cubalah sendiri dan lihat betapa kagumnya anda!

Hanya Satu Pencuci Untuk Ribuan Kerja Rumah.
Ultra-pekat: 16 auns boleh dicairkan menjadi 48 gelen pencuci berkuasa tinggi.
Pencuci serba guna: menanggalkan kotoran, gris dan minyak daripada sebarang permukaan yang boleh dicuci, di dalam dan di luar rumah.

Mencuci kotoran berminyak dan gris yang paling degil, tanpa meninggalkan kesan comot.
Dua kali lebih pekat berbanding rumusan Basic H² asal – hanya gunakan separuh sahaja.
Tidak perlu dibilas, tidak meninggalkan sebarang sisa sabun atau kesan palitan.
Gunakan Pada Sebarang Permukaan Yang Boleh Dicuci – 

  • Di Dalam atau Di Luar Rumah
  • Dinding, tingkap dan cermin
  • Kaunter dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Dapur
  • Hiasan kayu
  • Periuk belanga
  • Perabot (Jangan gunakan dalam akuarium atau tangki air pengelap cermin kereta)

Cara Penggunaan Untuk Hasil Terbaik

Dapur, peralatan, perabot, hiasan kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
1⁄4 sudu teh + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean

Periuk belanga
1⁄2 sudu teh + 1 gelen air suam

Tingkap dan cermin
1-2 titis + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean

Lantai
1 sudu besar + 1 gelen air

Kain benang biri-biri, nilon, fabrik berkualiti tinggi
1⁄2 sudu teh dalam satu besen air suam

Tahukah Anda?
Kebanyakan pencuci serba guna mengandungi toksin yang boleh disedut atau diserap melalui kulit.
Pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.
Pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan toksin saraf dan boleh merengsakan hidung.
Morpholine, sejenis toksin berbahaya, boleh mengakibatkan kerosakan hati atau buah pinggang.
Pencuci kaca mengandungi ammonia, sejenis racun yang boleh merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.
Basic H2 Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang Lain. 

Keunikan Shaklee

Selamat

  • Tiada toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
  • Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak. Ultra-pekat: 16 oz. Boleh dicairkan menjadi 48 gelen.

Mesra Alam

  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Tiada reaksi allergi
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan



Dish Wash Concentrate





Tangkas Mencuci Minyak, Lembut Pada Tangan

Jika kami menyatakan bahawa Pencuci Pinggan kami yang berbau harum ini tidak merengsakan tangan dan mesra alam sekitar, mungkin anda beranggapan bahawa ia tidak dapat menanggalkan kotoran dan minyak dengan berkesan. Hakikatnya, anda memerlukan beberapa titisan kecil sahaja untuk menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda. Benar, beberapa titis sahaja. Masih tidak percaya?


  • Lembut pada tangan
  • Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
  • Menjadikan pinggan bersih berkilau
  • Hanya beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki

Tahukah Anda?

Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate.
Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.
Get Clean Dish Wash Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan ini mahupun bahan berbahaya yang lain inilah yang dikatakan keunikan Shaklee.

Selamat

  • Tidak toksik
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tiada bahan kimia berbahaya

Berkesan


  • Amat berkesan menanggalkan minyak
  • Rumusan pekat: hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
  • Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Tidak menunjukkan reaksi allergi
  • Tanpa fosfat
  • Tanpa bahan pewarna
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan



Fresh Laundry Concentrate




Formula Semula Jadi untuk Pakaian yang Lebih Bersih

Anda dapat bayangkan keseronokan apabila hasil cucian bersih dan berbau harum? Rasai kepuasan yang lebih mendalam dengan pencuci fabrik Fresh Laundry. Rumusan enzim semula jadi ini bukan sahaja membersihkan pakaian dengan lebih baik, malah ia juga sama sekali tidak memudaratkan bumi. Ini bermakna, anda boleh menghidu keharuman pakaian yang dicuci sambil terus menghirup udara yang segar dan nyaman.

Tahukah Anda?
Kebanyakan serbuk pencuci pakaian mengandungi bahan perengsa yang boleh disedut atau diserap melalui kulit - punca lazim berlakunya tindak balas alahan. Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu bahan perengsa tersebut, dan ia disenaraikan sebagai bahan berbahaya oleh EPA dan DOT.

Sentuhan dengan bahan ini boleh merengsakan dan membakar kulit dan mata. Jika terhidu, ia akan merengsakan hidung, tekak dan paru-paru hingga menyebabkan batuk, asma dan/atau sesak nafas. Kulit yang kerap bersentuhan dengannya akan menjadi kering dan gatal serta mengalami masalah alergi kronik dan ruam.
Fresh Laundry Concentrate Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang Lain.

Keunikan Shaklee
Selamat

  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Selamat untuk digunakan pada semua fabrik yang boleh dibasuh
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Berkesan
  • Berkepekatan tinggi
  • Hanya1 auns (11.375 liter) sudah mencukupi untuk cucian muatan sederhana
  • Sesuai untuk semua suhu, termasuk air sejuk
  • Mengekalkan warna pakaian yang putih dan menjadikan pakaian berwarna lebih berseri

Mesra Alam


  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan
  • Surfaktan mudah biorosot
  • Tanpa fosfat, borat, bahan perengsa
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan


Soft Fabric Concentrate



Melembutkan Pakaian

Pekatan pelembut fabrik yang berbau harum ini berkesan mengelakkan pakaian daripada berkedut dan melekat pada badan akibat kesan statik, berbanding produk lain yang anda sedang gunakan. Malah, rumusan berkepekatan tinggi ini amat menjimatkan dan membolehkan anda merasai perbezaannya dengan sekali sentuhan.

Berkepekatan tinggi: 32 auns mampu melembutkan 64 cucian
Melembutkan, mengurangkan kedut dan mengawal kesan statik secara semula jadi
Botol kecil mudah dibawa, dituang dan disimpan

Keunikan Shaklee
Selamat

  • Tidak toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin

Berkesan


  • Amat berkesan menanggalkan minyak. Ultra-pekat: 16 oz. Boleh dicairkan menjadi 48 gelen
  • Dua kali lebih pekat berbanding rumusan asal
  • Basic H (hanya gunakan separuhsahaja)

Mesra Alam


  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Tiada reaksi allergi
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

Petua

Gunakan cecair Soft Fabric untuk cucian dengan mesin basuh. Ia membantu mengelakkan pakaian daripada berkedut dan melekat pada badan akibat kesan statik, malah pakaian keluarga anda terasa lebih lembut berbanding sebelumnya.


Get Clean® Water Pitcher



Memperkenalkan Air Get Clean®

Get Clean® Water mengaplikasikan sistem penapisan air baharu berbilang paten bagi menghasilkan air yang lebih bersih dan sihat. Berbanding jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar berbahaya - termasuk sehingga 99% plumbum!

Get Clean® Water merupakan jag air pertama yang menggunakan sistem penapis blok karbon yang boleh diisi semula. Langkah ini membantu mengurangkan timbunan botol plastik bagi pemuliharaan alam sekitar. Ia juga berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air bagi setiap blok penapis.
Air dan bumi yang lebih bersih dan lebih sihat.

Apakah Keistimewaannya?


  • Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
  • Disahkan berkesan mengurangkan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain di samping mengekalkan kandungan mineral air yang bermanfaat!
  • Disahkan berkesan mengurangkan klorin, oleh yang demikian ia dapat membantu mengurangkan ancaman kesihatan akibat bahan sampingan klorin!
  • Disahkan berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkemuka.
  • Jag air pertama yang dilengkapi sistem penapisan blok karbon isian semula

Pilihan Bijak!

  • Kos hanya beberapa sen bagi satu liter air
  • Air yang lebih sihat dengan rasa yang lebih sedap
  • Jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah ditapis (tidak memerlukan kuasa elektrik)
  • Ringan dan mudah dibawa
  • Menjimatkan kos

Keunikan Shaklee
Selamat


  • Menyingkirkan plumbum dan pelbagai benda asing dalam airGet Clean® Water mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf berkesan dalam mengurangkan plumbum dan benda asing lain oleh Persatuan Kualiti Air (WQA).
  • Pintar. Hanya beberapa sen bagi satu liter airWarga Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya beberapa sen seliter, Get Clean® Water mampu memberikan air yang bersih dengan rasa yang lebih sedap. Ia juga dilengkapi meter pintar yang menunjukkan bilakah masanya anda patut menukar penapis. Tiada lagi ketidakpastian.
  • Berkuasa Tinggi. Lebih banyak air bersih pada setiap masa. Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) air daripada setiap blok penapis - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkenal. Malah, jag ini berupaya mengurangkan bahan cemar dalam air yang boleh memudaratkan kesihatan anda.
Mesra Alam


  • Memelihara kesejahteraan alam sekitar. Get Clean® Water menggunakan jag air dengan sistem penapis blok karbon isian semula yang pertama di dunia. Langkah ini dapat membantu mengurangkan timbunan sampah. Malah, setiap penapis diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan mesra alam sekitar.


Sejujurnya bila saya lihat produk-produk Shaklee, seolah-olah seperti saya jatuh cinta pandang pertama. Sebagai isteri dan ibu yang menguruskan hal-hal rumah tangga, pastinya saya mahukan yang terbaik demi kesihatan dan kesejahteraan keluarga saya.

Selamat mencuba!!

Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com





Keuntungan Dunia dan Akhirat

Assalamualaikum pembaca-pembaca blog azunaurah yang dirahmati Allah. Pagi ini saya ingin kongsikan bersama anda tentang makanan HALAL.

Makanan halal lagi baik (halalan toiyyiban) yang dianjurkan oleh Islam membawa keuntungan baik di dunia mahupun akhirat kepada umat Islam. Umat Islam yang memakan makanan halal akan diberi pahala selain nikmat sihat di dunia. Proses jual beli dengan cara Islam antara pengguna dengan pengusaha membolehkan masing-masing beroleh pahala.

Pada masa yang sama, pengusaha atau usahawan produk makanan Islam telah melaksanakan Fardhu Kifayah dan tersedia pahala untuknya. Apabila dia berurus niaga dengan orang yang memerlukan, sekali lagi dia beroleh pahala. Pendek kata, mereka akan beroleh keuntungan di dunia dan akhirat.

Ya Allah....untungnya peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan berlandaskan syariat Islam.

Bayangkan, bermula makanan yang diperintahkan halal boleh menjadikan umat Islam usahawan yang berjaya. Bagaimana dengan perkara lain yang diperintahkan Allah? Contohnya, pada perintah menutup aurat dan lain-lain yang jika difahami oleh pengusaha Islam, pasti mereka boleh menjadi usahawan perkilangan kain  dan pakaian berlandaskan syariat Islam.

Sebenarnya inilah peranan dan tanggungjawab kita sebagai orang Islam yang kuat di mana kita berperanan sebagai agen dakwah dengan cara berniaga.

Justeru, setiap perintah Allah tidak terhenti setakat itu sahaja. Ia mempunyai mesej untuk menyelamatkan umat Islam sekali gus mengangkat maruah mereka di mata dunia. Inilah yang seharusnya difahami oleh semua umat Islam.

والله أعلم بالصواب

ِAzu Naurah
012 670 5753
azunaurah@gmail.com

Set Kecantikan dan Seri Wajah

Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat-sahabat semua. Pagi ini ini saya membawakan kepada anda Set Kecantikan dan Seri wajah di mana ia merangkumi set penjagaan diri dan kecantikan.

Jaga diri dan cantik!! Pastinya kita perlu menjaga diri kita dari aspek dalaman serta luaran untuk menjadikan diri kita sentiasa dalam keadaan yang bersih dan sihat.

Penjagaan kulit adalah salah satu bahagian penting untuk kesihatan wanita. Ini adalah kerana nutrien yang mengekalkan kesihatan tubuh anda adalah sama dengan nutrien  yang mengekalkan kesihatan kulit anda.

Ahli Saintis di Shaklee telah menemui nutrien dan antioksidan utama yang mampu menghalang kerosakan yang diakibatkan oleh radikal bebas.

Apa produk yang Shaklee tawarkan?

Bagi set kecantikan, Shaklee menawarkan kepada anda set penjagaan kulit Nutriwhite dan Enfuselle.
Saya akan jelaskan satu persatu tentang kedua-dua produk ini.

NUTRIWHITE

Set Kecantikan Kulit Nutriwhite ini menjalankan tugasnya dengan 5 cara:

*Menghalang
Kerosakan matahari dan alam sekitar dengan aktif melindungi kulit anda dari sinar cahaya matahari dan UV

*Menyekat
Membantutkan kemunculan tompok-tompok hitam

*Berkurangan
Rupa pigmen gelap dalam kulit untuk mencegah nada kulit kusam

*Mencerah
Warna kulit lebih rata dan tone kulit lebih cerah

*Memperbaharui
Mengeluarkan sel-sel mati dengan cepat dan kulit kelihatan lebih bercahaya


Daily Defense Whitening Essence

Kod Produk:14583 (30ml)
Dirumus dengan kepekatan bahan-bahan asli agar kulit terasa lembut sehalus sutera dan tampil lebih menawan:
  • Bearberi untuk mencerahkan dan menegangkan kulit
  • Strawberi Begonia untuk meratakan tona kulit
  • Kacang Soya untuk memudarkan dan mengurangkan jeragat dan cela kulit
  • Mulberi untuk mencegah kesan-kesan kerosakan akibat sinaran matahari
  • Vitamin C aktif untuk memperbaiki penampilan kulit dan mengembalikan seri wajah
  • Tekstur esen yang licin dan mudah diserap oleh kulit

Ultimate Protection Whitening Lotion

Kod Produk:14584 (50ml)
Rumusan ringan, tidak melekit dan kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit akibat pendedahan kepada sinaran matahari, serta Mountain Arnica untuk melegakan kera dangan kulit dan mengukuhkan ketahanan kulit terhadap elemen negatif persekitaran.

Spot Whitening Treatment

Kod Produk:14586 (10ml)
  • Mengurangkan kemunculan bintik-bintik hitam agar kulit tampak lebih menawan
  • Kepekatan optimum pati Likuoris dan Peony memberikan kuasa pencerahan botani yang sungguh mengagumkan
  • Cats Claw menegangkan kulit
  • Vitamin C aktif memperbaiki kulit, meratakan tona dan menghaluskan tekstur kulit

Overnight Renewal Whitening Cream

Kod Produk:14585 (48g)
  • Bertindak sepanjang malam untuk memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit
  • Linden membekalkan khasiat dan melembapkan lapisan kulit paling dalam
  • Scullcap mencerahkan dan melegakan keradangan kulit
  • Vitamin C aktif mengurangkan jeragat dan cela serta mengembalikan kecantikan kulit
  • Kulit terasa lebih halus, lebih lembut dan tampak lebih berseri apabila anda bangun daripada tidur pada keesokan harinya

Gentle Deep Foaming Cleanser

Kod Produk:14581 (150ml)
  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menanggalkan kotoran, mengelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit
  • Alga Hijau melembapkan kulit dan membersih hingga jauh ke dalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan meratakan tona kulit
  • Lembut dan menyegarkan

Gentle Action Makeup Remover

Kod Produk:14580 (150ml)
  • Melicinkan, melembutkan dan menyerikan kulit anda
  • Tunas Pokok Bic bertindak lembut untuk menyingkirkan sel kulit mati dengan menyeluruh tanpa merosakkan kulit
  • Aloe menyegarkan dan menegangkan kulit
  • Rumusan ringan, tidak berminyak dengan aroma yang menyegarkan

Soothing Radiance Whitening Softener

Kod Produk:14582 (150ml)
  • Melembapkan dan mengembalikan keseimbangan pH semula jadi kulit
  • Kulit terasa lebih segar dan lebih anjal dengan ekstrak Rosemary
  • Kudzu menegangkan dan mencerahkan kulit
  • Marshmallow membekalkan lembapan penting
  • Sungguh berkesan untuk menyihatkan dan menyerikan kulit
SET KECANTIKAN ENFUSELLE

Balancing Moisturizer

Formula Bebas Minyak untuk Menyihatkan danMenghidratkan Kulit

Kod Produk:32537 (59ml)
Formula ringan, bebas minyak dan tidak melekit berupaya mengawal rembesan sebum serta membelai kulit dengan mengimbangkan lembapan agar kulit terasa segar, licin dan berseri sepanjang hari tanpa kilauan
  • Terbukti berkesan secara klinikal
  • 146% peningkatan keanjalan kulit dalam tempoh 28 hari
  • 268% pengurangan garis-garis halus dalam tempoh 28 hari
  • 173% pengurangan kedutan dalam tempoh 28 hari
  • Membantu mengembalikan keseimbangan lipid
  • Hipoalergenik

Eye Treatment

Tiada Lagi Garis-Garis Halus dan Kedutan yang Ketara

Kod Produk:32540 (14ml)
Memperbaiki penampilan dengan khasiat nutrien dan botani khas untuk mengurangkan garis-garis halus, kedutan dan sembap.
  • Terbukti berkesan secara klinikal
  • 233% pengurangan kedutan dalam tempoh dua minggu
  • 120% peningkatan keanjalan dan ketegangan kulit dalam tempoh dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus yang ketara dalam tempoh lapan minggu
  • 32% peningkatan lembapan kulit yang berpanjangan dalam tempoh lapan minggu
  • Tona kulit yang nyata lebih sekata dalam tempoh 12 minggu
  • Botani anti penuaan dan vitamin C membekalkan manfaat yang ketara untuk kulit
  • lembut di sekitar mata
  • Sempurna untuk bahagian leher dan bibir
Hipoalergenik dan telah diuji oleh pakar oftalmologi serta selamat untuk pemakai kanta sentuh

Hydrating Cleansing Lotion

Kod Produk:32543 (177ml)
Emulsi berkrim bertindak lembut untuk menanggalkan kotoran, bahan cemar dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semula jadi kulit.
  • Kaya dengan kandungan emolien serta penambahan Vitamin E agar kulit sentiasa halus, seimbang dan berseri
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik


Hydrating Moisturizer

Meningkatkan Tahap Lembapan Kulit Sehingga 24 Jam

Kod Produk:32544 (48g)
Krim yang kaya dengan pelembap, tanpa minyak dan tidak melekit ini bertindak pantas untuk menghidratkan kulit serta menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit.
  • Terbukti secara klinikal
  • 102% peningkatan keanjalan kulit dalam tempoh 28 hari
  • 195% pengurangan garis-garis halus dalam tempoh 28 hari
  • 21% pengurangan kedutan dalam tempoh 28 hari
  • Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan berterusan sehingga 24 jam
  • Garis-garis halus berkurangan dengan ketara
  • Hipoalergenik

Hydrating Toner

Meneutralkan Tindak Balas Yang Boleh Menjejaskan Kulit

Kod Produk:32505 (177ml)
Hydrating Toner membersihkan dan melegakan kulit, serta menyediakannya untuk rawatan Enfuselle.
  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kemudaratan kulit akibat tindak balas dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Rumusan tanpa alkohol menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
  • Melindungi lapisan minyak semula jadi kulit, membersihkan dan melembutkan kulit dengan ekstrak witch hazel dan kamomil


Purifying Cleansing Gel

Kod Produk:32554 (177ml)
Gel berbusa bertindak lembut untuk menyingkirkan bahan cemar, mekap dan minyak berlebihan daripada kulit anda.
  • Bahan-bahan khas serta penambahan Vitamin E menyegarkan dan melembutkan kulit
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik

Purifying Toner

Formula Tiga Tindakan Menghentikan Kerosakan Pro-Oksida

Kod Produk:32504 (177ml)
Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit, serta menyediakannya untuk rawatan Enfuselle.
  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kemudaratan kulit akibat tindak balas dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Menyegarkan dan menghaluskan kulit dengan ekstraklikoris, ginseng dan witch hazel
  • Meminimumkan saiz liang-liang kulit
  • Membantu mengawal kilauan minyak
  • Hipoalergenik







Cantikkan...?? Semuanya putih berseri je....Macam tulah juga yang kita nak pada wajah kita. Betul ke betul??

Azu Naurah
0126705753
azunaurah@gmail.com











Saturday 27 September 2014

Muhasabah Diri...Untuk Apa Amalanmu?

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Pagi yang syahdu ini saya ingin membawa anda untuk merenung kembali tujuan hidup kita dalam beramal.

Sampai pada satu tahap, kita berasa pelik apabila ada orang berubah sikapnya. Diri yang dipenuhi sikap mahmudah bertukar 360 darjah ke arah sifat mazmumah.

"Aku dah berdoa siang malam masa aku 'baik' dulu, tapi hidupku tidak berubah. Aku masih bodoh seperti dahulu, tak pandai-pandai. Aku tidak kedekut untuk menderma di masjid, tapi aku masih tidak kaya. Pada asasnya, semua kebaikan aku seolah-olah tidak diketahui oleh Allah."

Cuba anda renungkan.....

Apabila ada orang yang berfikiran sedemikian, dirinya sudah berputus asa. Ya, dia berputus asa daripada rahmat Allah. Setiap perkara yang dilakukan mahu dipandang dan diketahui oleh Allah. Al-Basir dan al-'Alim yang selayaknya hanya untuk Allah tidak dihayati dengan benar. Dia mengambil jalan berputus asa bukan dengan cara menembak diri sendiri atau terjun dari bangunan tinggi. Tetapi protes putus asanya dizahirkan dengan 'rajuk' menghentikan amalan baiknya selama ini.

Andainya kita pernah berkeadaan begini.....cepat-cepatlah bertaubat dan beristighfar...

Mari kita koreksi amalan yang kita lakukan seharian, adakah mengharapkan balasan dan ganjaran atau keredhaan dan ikhlas kerana Allah? Hayati sunnah seorang hamba yang mengabdikan seluruh diri dan jiwanya buat Tuhannya. Jiwa hamba yang tulus dan lurus untuk mengecap nilai taqwa pasti tidak pernah berputus asa.

Sejauhmana kita mensyukuri nikmatNya? Ingatlah sahabat-sahabat, andai diri kita dijemput oleh Allah disaat dan ketika kita sudah tidak lagi beriman maka tunggulah masanya untuk kita terima azabnya. Na'uzubillahi min zalik.

Sementara nyawa dan jasad masih berfungsi, kembalilah ke pangkal jalan dengan bertaubat. Tidak ada insan lain yang mampu menolongmu melainkan dirimu sendiri perlu bangkit dan kembali ke jalanNya.

Diri ini bukanlah insan yang terbaik untuk berikan peringatan tetapi diri ini tidak mahu dipertanggungjawabkan atas kejahilan insan lain disebabkan ilmu yang tidak disebarkan.

Jom kita kembali kepada Pencipta kita dengan sebenar-benar taqwa!!....

والله أعلم بالصواب


ِAzu Naurah
0126705753
azunaurah@gmail.com

Friday 26 September 2014

Kenapa Collagen Shaklee lain dari yang lain??

Sempena bulan promosi Shaklee Collagen Powder atau lebih dikenali dengan panggilan mesra SCP, ramai yang nak tahu kenapa SCP lain daripada kolagen yang lain.

Sepertimana anda sudah ketahui kolagen berfungsi untuk kulit lebih sihat dan awet muda. SCP merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4000 mg proprietary RSS (Red Snapper Scale) kolagen. 

Kolagen Shaklee juga adalah daripada kolagen yang berkualiti tinggi  dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Ia juga dicampurkan dengan tujuh bahan utama seperti ekstrak biji benih Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus Acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B yang memberikan pelbagai khasiat seperti berikut:

*Menyokong produksi kolagen untuk meningkatkan ketegangan, keanjalan dan kelembutan kulit

*Mengecilkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan

*Kulit lebih putih dan licin

*Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar

*Membantu menegang dan menganjalkan 'Miss B'

Untuk makluman anda, SCP terbukti berkesan dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Selepas menggunakannya selama 8 minggu, hasil menunjukkan tekstur keseluruhan kulit menjadi lebih baik dan meningkat sebanyak 71%.

Untung ke untung? Best kan...saya sudah mencubanya dan masih lagi mengambil SCP setiap hari bersama ESP. Wah!! semakin gebu lah kulit ni nanti....hehe

Jom berkolagen!!


















Azu Naurah
FB page: Zurin's Vita Outlet
012 6705753
azunaurah@gmail.com

Makanan Segera

Selamat petang sahabat-sahabat semua. Petang ini saya akan kongsikan bersama anda tentang makanan segera Shaklee.

Eh, Shaklee ada makanan segera ke? Kata semuanya berkhasiat, tapi kenapa ada makanan segera?

Ok, di sini saya ingin menjelaskan kepada anda tentang Meal Shakes. Ia diibaratkan seperti makanan segera tetapi lebih bagus dan berkhasiat daripada makanan segera yang sebenarnya.

Dengan gaya hidup yang lasak dan sentiasa berlari aktif, kanak-kanak tidak mempunyai waktu untuk duduk diam setempat menikmati makanan yang seimbang. Sebab itulah mereka perlukan pilihan makanan segera yang baik untuk mereka dengan pilihan kandungan rendah lemak dan rendah glisemik seperti Meal Shakes.

Apakah keistimewaannya??

*Memberikan 19 vitamin dan mineral penting sebagai asas nutrien untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja untuk kekal sihat dan kuat

*Sumber pemakanan serat dan protein terbaik

*Kaya dengan sumber kalsium

*Glisemik indeks yang rendah

Alhamdulillah, anak-anak saya sangat gemarkan Meal Shakes dan kesannya pada mereka sangat baik dan memuaskan.

Anda ingin memilikinya untuk diberikan kepada insan tersayang??

Sila perhatikan kepentingannya dengan mata hati anda...




                                         





















Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel