Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Sunday 26 October 2014

Susu Makanan Pertama di Dunia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda semua yang saya sangat hormati. Perkongsian saya untuk hari ini adalah berkenaan dengan SUSU.

Sungguh ajaib bukan jika difikirkan tentang proses pembentukan susu. Tiada kilang di dunia ini yang mempunyai teknologi canggih yang boleh memproses darah merah serta zat-zat makanan menjadi susu putih. Inilah kehebatan dan kekuasaan Allah s.w.t. Yang Maha Mencipta.

Daripada darah merah yang mengalir dalam pembuluh-pembuluh darah ibu bercampur dengan zat-zat makanan dari usus kemudian diproses di kilang yang amat kecil berupa kalenjar-kalejar di payudara ibu seterusnya berupaya menghasilkan satu nutrisi yang begitu hebat sekali.

Masya Allah, hebatnya kuasa Allah!
Teringat pula masa saya buat simpanan stok susu dulu. Sangat-sangat mengujakan apabila melihat susu yang banyak keluar....:)


Apabila lahirnya seseorang bayi ke dunia, dia mesti menyesuaikan tubuh badannya dengan alam kehidupan yang baru.

Semasa di dalam kandungan, segala perlindungan dan bekalan makanan telah diberikan oleh ibunya melalui rahim dan juga plasenta (uri). Namun apabila dilahirkan, semua perlindungan tersebut telah terputus dan ia memerlukan sesuatu sebagai ganti untuk perlindungan diri mereka. Maka selepas dilahirkan, tugas-tugas rahim dan plasenta sebenarnya telah diambil alih oleh makanan pertama yang mereka makan iaitu susu ibu.


Penggunaan selain daripada susu ibu sudah tentu tidak dapat memenuhi keperluan seseorang bayi kerana banyak kandungan susu ibu yang tidak terdapat dalam mana-mana nutrisi yang lain. Contoh yang paling mudah ialah antibodi, iaitu agen untuk melawan serangan kuman.

Ingat tak? Masa pergi klinik, misi selalu tanya sama ada anak kita diberi susu formula atau susu ibu?
Mula-mula saya tak perasan apa sebabnya. Tapi lama kelamaan, baru kusedar betapa PENTINGnya susu ibu.


Alhamdulillah ketiga-tiga orang anak saya diberikan susu ibu. Walau penat lelah untuk menggalas beg perah susu setiap hari ke tempat kerja, tapi dengan semangat untuk membesarkan mereka dengan sihat menjadikan saya seorang ibu yang kuat.

Perbezaan Susu Ibu dengan Nutrien Lain

Susu lembu biasanya digunakan sebagai tambahan atau ganti kepada susu ibu. Apabila kita membandingkannya dengan susu ibu, kita akan mengetahui kelebihan susu ibu secara jelas. Di sini saya berikan info kelebihan susu ibu berbanding susu lembu.

1. Antibodi

Susu ibu merupakan satu-satunya makanan yang mengandungi antibodi. Antibodi yang mengalir dalam susu ibu kepada bayi, menyediakan bayi dalam keadaan maksimum untuk melawan penyakit dan bakteria. Antibodi-antibodi ini terdapat dalam jumlah yang sangat banyak di dalam susu ibu terutamanya di dalam kolostrum yang dihasilkan selepas beberapa hari pertama kelahiran.

Perlindungan yang diberikan oleh antibodi sangat penting kerana jangkitan yang sedikit sahaja boleh menyebabkan kesan yang sangat serius kerana antibodi bayi sendiri masih belum mampu untuk melawan kuman-kuman yang berbahaya. Manfaat yang diterima bayi akan makin terserlah dari hari ke hari.


2. Kasein

Dalam susu lembu terdapat kandungan bahan yang disebut sebagai kasein yang tinggi. Kasein merupakan bahan yang dijumpai di dalam susu basi yang berketul. Bahan ini akan mengurai kepada partikel-partikel yang besar di dalam perut dan menyukarkan proses penghadaman. Ini adalah sebab kenapa susu lembu susah untuk dihadam menyebabkan ketidakselesaan kepada bayi kerana kembung perut dan sebagainya.

3. Kandungan Gula

Kandungan gula di dalam susu ibu juga berbeza berbanding susu lembu meskipun kedua-duanya mengandungi jenis gula yang sama iaitu gula laktosa. Namun, susu ibu mengandungi gula yang jauh lebih tinggi berbanding susu lembu iaitu sebanyak 7 gm/I berbanding 4.8gm/I dalam susu lembu. Ini sangat penting kerana badan bayi yang kecil hanya mempunyai simpanan gula yang sedikit sahaja.


4. Garam Mineral

Kandungan garam mineral juga berbeza antara kedua-dua susu tersebut. Susu lembu mengandungi kalsium dan fosforus yang tinggi, namun nisbahnya tidak stabil menyebabkan ia susah untuk dicerna dengan baik. Manakala kandungan fosforus yang tinggi boleh menghalang penyerapan kalsium dengan baik. Oleh itu, jika bayi diberi susu lembu tanpa diberi susu ibu sebaik sahaja dilahirkan, mereka terdedah kepada risiko-risiko yang besar kerana kekurangan kalsium.

5. Zat Besi

Susu ibu juga mengandungi zat besi yang tinggi, iaitu sebanyak 50%. Oleh kerana susu lembu mengandungi zat besi yang rendah, maka bayi akan lebih mudah menghidap penyakit anemia (kekurangan darah).

Manfaat tentang penyusuan selama dua tahun ini telah pun dinyatakan oleh al-Quran sejak 14 abad yang lepas.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua-dua orang ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya  dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya selama dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu. Hanya kepada-Kulah kamu kembali." ( Surah Luqman 31:14)

Begitu takjubnya ciptaan Allah buat hamba-Nya. Pentingnya ibu-ibu memikirkan cara untuk menyusukan anak-anak mereka sendiri daripada asyik berkeluh kesah disebabkan susu badan yang merudum.

Tak tergamak rasanya melihat bayi-bayi yang baru dilahirkan kemudian ibunya terus memberi susu formula. Jika kita benar-benar tekad dan berusaha bersungguh-sungguh, pasti ada jalan keluar untuk mengatasi masalah ibu-ibu yang susu mereka tidak selancar ibu-ibu bertuah yang lain. Yakinlah, kita pasti boleh!

Saya ingin membantu ibu-ibu di luar sana serta berkongsi tips dan kaedah bagi mendapatkan stok susu yang banyak untuk diberikan kepada si manja.

Set Menyusu Lengkap untuk anda dan simanja....







Hubungi,
Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com










Friday 24 October 2014

Golongan Yang Diharamkan Wangian Syurga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda semua khalifah Allah yang masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Salam Maal Hijrah 1436!. Semoga tahun baru ini menjadi titik tolak kepada permulaan hidup kita yang lebih bermakna.


Tahukah anda, hanya orang yang tertentu sahaja dapat mencium wangian syurga?
Siapakah golongan itu?

Ya, seperti yang kita telah ketahui para syuhada' adalah golongan yang dapat menghidu bau syurga meskipun wangian itu didapatinya daripada jarak yang jauh.

Ibn Hajar menukilkan di dalam kitab Fath al-Bari bahawa, "Sesiapa yang mendapati wangian syurga dari jarak yang lebih jauh, itu petanda bahawa darjatnya lebih tinggi."

Selain para syuhada', siapakah lagi yang berpeluang untuk menikmati wangian syurga ini?
Tidak lain dan tidak bukan tentulah para muqarrabin, iaitu orang yang sangat dekat dengan Allah s.w.t.

Allah s.w.t. berfirman, mafhumnya: "Adapun jika dia termasuk dalam golongan al-muqarrabin, maka dia memperoleh kerehatan, wangian dan syurga yang penuh kenikmatan".
(Surah al-Waqi'ah 56:88-89)

Allahu akbar! beruntungnya jika kita termasuk di dalam golongan tersebut kan?...mudah-mudahan, In Shaa Allah....



Baik, siapakah pula golongan yang diharamkan wangian syurga? Tentu ramai yang nak tahu, termasuklah saya dan mudah-mudahan kita tidak termasuk di dalam golongan ini.

Siapakah mereka ini?
Mereka adalah orang yang benar-benar rugi sahaja yang diharamkan daripadanya, iaitu orang yang sangat hina dan rendah darjatnya di sisi Allah s.w.t. disebabkan dosa yang mereka lakukan. Maka mereka menjadi lebih hina daripada haiwan.

Rasulullah s.a.w. menceritakan berkenaan golongan ini dalam beberapa hadithnya. Salah satunya ialah wanita-wanita yang telah dicabut rasa malu dari hati mereka sehingga rela mendedahkan aurat di hadapan awam.

Apabila menyebut sifat-sifat ahli neraka, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berjalan dengan lenggang lenggok, kepala mereka seperti bonggol unta yang miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium wangiannya. Padahal wangian syurga boleh dihidu daripada perjalanan sejauh begini dan begini (sangat jauh)." (Riwayat Muslim)

Seterusnya ialah para pengkhianat yang tidak menghormati perjanjian damai antara kaum Muslimin dengan orang bukan Islam di dalam sesebuah negeri.

Daripada Abu Bakrah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membunuh ahli zimmi bukan pada masanya, maka ia tidak akan dapat hidu wangian syurga. Padahal wangian itu dapat dihidu dari jarak 70 tahun  perjalanan." (Riwayat al-Nasa'i dan Abu Daud)


Begitu juga penuntut ilmu agama yang tidak menggunakannya untuk mendekatkan diri kepada Allah, malah menggunakannya untuk meraih kemasyhuran dan harta dunia.

Daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang menunut ilmu yang diharapkan redha Allah padanya, namun ia mempelajarinya untuk mendapatkan keuntungan dunia, maka ia tidak akan dapat menghidu bau wangian syurga." (Riwayat Abu Daud))

Semua sifat ini sangat dibenci Allah s.w.t. Sesiapa yang memiliki salah satu daripada sifat-sifat tersebut, maka dia akan dijauhkan dari syurga sehingga wangian bau syurga pun tidak dapat dihidunya.


Semoga Allah menjauhkan kita daripada semua sifat tercela ini dan memasukkan kita semua ke dalam syurga-Nya bersama-sama orang yang kita cintai. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar doa dan mengabulkan permintaan hamba-hamba-Nya. Amin ya Rab al-'alamin.




Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com

Wednesday 22 October 2014

Performance Drink Pilihan Terbaik Atlet dan Angkasawan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda semua. Ceriakan harimu dengan ilmu dan tugasan yang bermanfaat dan dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Pagi ini saya ingin kongsi bersama anda tentang minuman tenaga pilihan atlet dan angkasawan masa kini. Wah, Nampak esksklusif kan!...Tapi tak perlu risau, minuman ini sesuai di minum oleh sesiapa sahaja dan manfaat sangat baik untuk diri anda dan keluarga.

Jom kita terokai Perbezaan Shaklee...

Pertama kali dihasilkan pada 1980-an oleh saintis Shaklee dan Universiti Yale bagi membantu projek penerbangan Daedalus (human-powered flight programme). Performance merupakan minuman sukan pertama bagi para atlet di Amerika Syarikat. Melalui perkasaan produk Perforance dari Shaklee, penerbangan Daedalus telah mencipta rekod sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia yang terjauh iaitu 72 batu dan rekod ini masih bertahan hingga kini.


Performance juga telah direka khusus untuk para angkasawan NASA, Amerika Syarikat. Para atlet bertaraf antarabangsa dan pengembara terkemuka memilih Performance sebagai pilihan utama mereka. Ini kerana minuman ini telah membantu mereka dalam mencipta rekod dunia baik dalam dunia sukan mahupun aktiviti pengembaraan.


Ujian klinikal membuktikan rumusan eksklusif OptiCarb yang sudah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh. Berbanding dengan minuman sukan yang lain, Performance mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.

Memang sesuai sangat untuk kita yang sememangnya sangat aktif dalam dalam sukan dan pelbagai lagi aktiviti lasak. Alhamdulillah saya memang sukakan rasanya yang sangat berbeza daripada minuman tenaga berkarbonat yang lain.

Apa pula keistimewaan dan kelebihan Performance Drink?

Manfaat Utamanya adalah:

  • Meningkatkan Daya Ketahanan Badan - Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.
  • Membekal Tenaga dan Daya Ketahanan Fizikal -  Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisma air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride. Produk ini turut dirumus khusus dan eksklusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetapkan kawasan trorika dan mereka yang aktif dalam kerja harian.
  • Mencegah penyahhidratan - Mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda. Phewwwiitt...awet muda mestila orang suka.
  • Mengekalkan paras gula - Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah di mana ia sangat penting bagi tenaga otot dan mempercepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.
Kalau nak tahu, Performance Drink ni adalah minuman kegemaran saya dan anak-anak. Sebelum minum Performance Drink ni, orang kata rasanya macam rasa air 100plus tanpa gas atau karbonat. Tapi bila dah rasa sendiri, ya lebih sedap daripada itu. Anda boleh minum begitu sahaja setelah dibancuh tanpa campuran perisa minuman lain.

Performance Drink ini adalah satu minuman yang lazat diminum pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Enak diminum begitu sahaja atau dicampur bersama minuman lain.

Sangat sesuai untuk para atlet, mereka yang berpuasa, sebelum dan selepas pembedahan, tidur lewat malam, keletihan, penyahhidratan otot dan kulit, vagina yang kering, cirit birit, tiada selera makan, rendah paras gula pening, demam, denggi dan sebagainya.


Untuk resipi yang menarik lagi superb!, pertama kali saya merasainya dengan campuran ESP. WoW!!...sangat sedap!. Masa tu saya hadiri Bengkel Nutrisi dan nutritionist tu kata campurlah Performance Drink dengan ESP. Tanpa berlengah saya pun terus cuba...bersudu-sudu ku ambil, maklumlah FREE....hehe. Sebelum ni saya tak pernah tahu yang Performance Drink ni boleh dicampur dengan minuman lain dan hasil campuran tersebut membuatkan diriku jatuh 'chenta' denganmu wahai kamu berdua (ESP+ Performance Drink). Sedap tak terkata!!



Cadangan Pengambilan:

Sarapan: Campuran  satu sudu besar untuk setiap Performance Drink, Energizing Soy Protein dan Meal Shakes


Latihan Fizikal: Campurkan dua sudu besar dalam 500 ml air dan minum satu jam sebelum memulakan latihan fizikal dan setiap 30 minit sewaktu latihan fizikal. Minum satu jam kemudian selepas latihan fizikal untuk penyahhidratan dan mengembalikan tenaga.


Nota: Elakkan dari terdedah (simpan dalam peti sejuk selepas dibuka)

Selamat Mencuba!!

Anda ingin bersama team Golden Dreams bagi mencapai impian hidup?
Anda ingin berbisnes tanpa modal?
Anda ingin dan perlukan pendapatan tambahan 3 hingga 6 angka?

Sertai team saya hari ini.....



Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com








Tuesday 21 October 2014

Ubat dan Penawar Penyakit Hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda pembaca blog azunaurah yang dihormati. Hari indah lagi ceria ini saya ingin membawa anda untuk sama-sama muhasabah diri dan merenung sejauhmana kita mencari ubat dan penawar kepada segala penyakit hati yang telah telah lama bersarang di dalam diri.

Ok, jom kita sama-sama hayati....

Marah

Marah adalah salah satu penyakit hati. Penyembuhannya boleh dengan cara memberikan ubat kepada apa atau siapa yang dimarahinya. Jika ia mengubatinya dengan cara yang betul dan penuh hikmah, berjayalah ia disembuhkannya.

Sebaliknya jika ia mengubatinya dengan cara yang salah atau batil, maka hanya akan bertambah rasa sakit dalam hatinya.


Gelisah, Sedih

Perasaan gelisah, sedih dan kecil hati tidak dinafikan ianya menyakitkan hati. Ubatnya adalah berusaha menenangkan fikiran dengan mendekatkan diri dengan Allah, banyakkan berzikir, sehingga akan lahir ketenangan, perasaan gembira, suka ria dan besar hati. Sebaliknya jika ia menggunakan cara yang salah dan batil, ia bukan sahaja tidak dapat sembuh bahkan semakin banyak penyakit yang akan berjangkit kerananya.


Ragu-ragu

Orang yang kerap berasa bimbang dan ragu-ragu terhadap sesuatu di dalam hatinya akan sentisa sakit sehinggalah kebimbangan tersebut hilang. Ketika seseorang dilanda kebimbangan; ibarat keadaan suhu orang yang sedang naik menjadi panas, sehingga ia memerlukan pendingin yang boleh menyejukkannya iaitu embun hidayah keyakinan yang benar.

Itulah dia tauhid dan hidayah yang boleh melapangkan dada dan menunjukkan jalan kebenaran.


Kejahilan

Kejahilan dan kebodohan juga merupakan penyakit yang menjangkiti hati. Sesetengah orang mengubatinya dengan mencari ilmu-ilmu yang tidak bermanfaat. Mereka beranggapan bahawa penyakit jahil di atas  boleh disembuhkan dengan apa sahaja ilmu mengikut keperluan semasa seseorang. Padahal sebenarnya ia hanya akan menambahkan rasa sakit yang tersembunyi dalam hati itu sendiri.

Oleh itu, apa yang boleh menyembuhkan penyakit jahil itu hanyalah dengan ilmu yang bermanfaat. Lebih-lebih lagi ilmu yang menyentuh persoalan iman, keyakinan dan taqwa kepada Allah, pembalasan baik buruk dan yang berkaitan dengan balasan syurga dan neraka di akhirat.


Cinta dan Rindu

Hal itu tidak ubahnya dengan seseorang yang mengubati penyakit rindu (atau cinta), dengan cara berdua-duaan atau perkara-perkara yang menghampiri perkara maksiat, untuk melepaskan rindu; dengan bertemu, menelefon atau mengirim mesej dengan kata-kata romantik atau apa-apa jua yang memabukkan atau mengkhayalkan (seperti dengan minum arak atau menghisap dadah dan lain-lain), maka ia hanya semakin bertambah parah sakitnya dan lama kelamaan akan menimbulkan pelbagai penyakit sampingan yang lebih berbahaya daripada penyakit yang ada.



Oleh itu, berwaspada dan beringatlah kita tentang penyakit hati ini. Hati itu juga ada kalanya hidup sihat, mati, sakit dan perlu kepada rawatan dan pengubatan dan ia lebih penting daripada merawat badan. Maka untuk memulihkannya, kembalilah kita kepada jalan Allah kerana di situlah nanti kita temui penawarnya. Renung-renungkanlah.

Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel