Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Saturday 15 November 2014

Kesan Sampingan Dexamethasone

Salam sejahtera kepada pembaca-pembaca blog azunaurah semua. Saya terpanggil untuk kongsikan bersama anda semua tentang Dexamethasone. Mula-mula dengar saya rasa susah nak menyebutnya tapi disebabkan di televisyen ada menyiarkan berita tentang pengambilan dexamethasone, maka saya mulakan langkah untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya.

Pertama sekali apa yang kita perlu tahu tentang dexamathasone ialah istilahnya. Ok jom kita selami kisah dexamethasone......


Dexamethasone adalah sejenis kortikosteroid dengan fungsi antiradang yang kuat dan biasa digunakan dalam rawatan alergi. Ia hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperolehi dari farmasi dengan preskripsi doktor kerana ia perlu diambil dengan dos yang sesuai mengikut keadaan pesakit. Dexamethasone tidak dibenarkan sebagai ramuan dalam ubat tradisional.


Steroid yang sering digunakan dalam perubatan ialah Dexamethasone. Steroid jenis ini harus diambil dalam sukatan yang rendah kerana boleh meninggalkan kesan yang kuat dalam masa lima hari. Sekiranya pengambilan steroid digunakan dalam sukatan yang banyak dalam masa seminggu, pesakit akan mengalami pendarahan usus, kegemukan, pertambahan selera makan serta pengeluaran air yang tidak seimbang.



Maknanya, apa-apa pengambilan ubat sekalipun mesti atas nasihat dan rekemendasi daripada doktor. Ermmm...jangan sebarang-sebarang nak ambil ubat yang kita tak tahu isi kandungannya dengan lebih terperinci.

KESAN SAMPINGAN

Penggunaan dexamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, glaucoma, ketidakseimbangan hormon, gangguan haid dan peningkatan paras gula sekali gus menyebabkan tekanan darah meningkat. Pesakit juga boleh mengalami ‘Cushing’s Syndrome’ yang dicirikan dengan muka membulat (round face) dan bahagian atas badan membesar tetapi lengan dan kaki seolah mengecil jika tidak dirawat.


Oleh kerana keberkesanan yang ditunjukkan dalam perubatan, steroid anabolik sering disalahgunakan atlit. Ada yang mengambil steroid untuk membina otot dan memperkuatkan sendi supaya mereka boleh menunjukkan kepantasan dalam bersukan. Pengambilan steroid tanpa mendapat nasihat doktor adalah dilarang. Namun ada sesetengah atlit mengambil daripada pakar yang tidak sepatutnya.

Pengambilan dalam sukatan yang banyak akan menyebabkan pelbagai gangguan. Steroid terdapat dalam bentuk tablet, kapsul dan serbuk atau sekiranya sendi sudah membengkak, steroid boleh disuntik ke dalam sendi untuk mengurangkannya dalam tempoh yang cepat.


Ish..ish..ish...semakin kita selidik semakin banyak lagi ilmu yang kita tak tahu. Saya tidak bertauliah untuk mengatakan dexamethasone ini adalah sejenis bahan kimia terlarang yang diharamkan tetapi sekiranya ubat atau bahan kimia tersebut terlalu buruk kesannya maka kita masih boleh membuat pilihan yang TERBAIK. Betul ke betul? Ya Allah, sungguh menakutkan. Jadi berhati-hatilah ketika memilih dan mengambil sebarang ubat ubatan yer...

Syukur dengan nikmat pemberian Allah yang tidak ada kurang dan cacat celanya. Semuanya cukup sempurna.

PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai produk tidak berdaftar dinasihatkan supaya dapat menghubungi Bahagian Perkhidamatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian
03-7841 3200 atau mana-mana Cawangan Penguatkuasa Farmasi yang berdekatan atau e-mel kepada pharmacy1@moh.gov.my bagi menyalurkan maklumat agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membenteras pengedaran produk yang tidak berdaftar di pasaran.


Orang awam juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk dengan menghubungi BPFK di talian 03-7883 5400 atau melayari laman sesawang www.bpfk.gov.my.

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan kepastian tentang produk Shaklee juga dinasihatkan untuk menghubungi pihak BPFK.

Bagi anda yang ingin kekal cergas dalam aktiviti sukan, anda sangat digalakkan untuk mengamalkan minuman tenaga Performance Drink dan mengambil set kesihatan optimum atau set sendi bagi menguatkan otot-otot tubuh anda. Selamat Mencuba!!


Sekian, salam ukhwah daripada saya.

Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel