Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Monday 28 September 2015

5 SEBAB KENAPA ORANG PERGI HAJI DAN UMRAH PERLUKAN SUPLEMEN

Badan kita memerlukan kalsium yang mencukupi bagi memastikan tulang kita sihat dan kuat. Bagi mereka yang terpilih untuk menjadi tetamu Allah sudah tentu ibadah yang akan dilaksanakan itu dapat ditunaikan sebaik mungkin.

Stamina bukan sahaja dari segi fizikal malah dari segi mental juga. Dengan adanya suplemen yang bersesuaian dan berkesan sebagai persediaan terbaik untuk menunaikan ibadah ini, maka saya memilih suplemen Shaklee untuk diberikan kepada mak dan abah.

Alhamdulillah Ostematrix dan Vivix telahpun saya bekalkan kepada mereka. Tidak dapat dibayangkan betapa banyaknya tenaga yang diperlukan untuk menunaikan ibadah haji dan umrah ini kerana saya belum melaluinya tetapi melalui pengalaman rakan-rakan yang sudah menunaikannya, mereka berpendapat amatlah perlu persediaan suplemen ini diberikan dua atau tiga bulan sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah.



Adakah anda sudah bersedia untuk ke sana menjadi tetamu Allah yang dimuliakan?

Baik, jom kita teliti 5 sebab kenapa orang pergi haji dan umrah perlukan suplemen:

1. Supaya ibadah yang ditunaikan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan mendapat haji dan umrah yang mabrur.

2.  Insan yang terpilih untuk menjadi tetamu Allah ini tentu sekali mahukan keadaan yang lebih sihat dan selesa untuk beribadah.



3. Perjalanan yang jauh dan mengambil masa yang panjang ini sangat mencabar fizikal dan mental para jemaah haji dan umrah. Oleh itu mereka memerlukan stamina yang kuat untuk menghadapinya dengan penuh keikhlasan dan kesabaran.

4. Cuaca dan suasana persekitaran di negara orang tidak sama dengan negara sendiri, untuk itu mereka perlukan nutrien tambahan bagi membantu tubuh mereka lebih sihat dan cerdas sepanjang beribadah di Haramain (Masjidil Haram dan Masjid Nabawi).


5. Elak jangkitan. Dengan jumlah jemaah haji atau umrah yang terlalu ramai dalam satu masa maka mereka mudah terdedah dengan jangkitan sebarang penyakit walaupun telah mengambil suntikan. Sebagai jalan kedua, mereka bertindak untuk lebih menguatkan sistem pertahanan badan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua yang bakal menjadi tetamu Allah suatu hari nanti...

Ingin mendapatkan konsultasi terbaik tentang suplemen yang ingin anda ambil?

Hubungi saya untuk pencerahan lanjut.

Azu Naurah
0126705753
azunaurah@gmail.com


Sunday 6 September 2015

5 SEBAB KENAPA SAYA SUKA ESP

Pastinya anda teruja bilamana protein yang anda ambil setiap hari dapat memberi kesan terbaik kepada tubuh anda.

Inilah antara sebab kenapa saya menggemari ESP yang saya ambil setiap hari sepanjang 2 tahun mengenalinya.

1. Awet Muda: Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Dengan pengambilan yang kerap inilah ia menjadi kunci kepada awet muda.





2. Baik untuk hormon: Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.

3. Kulit Remaja: Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mempercepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

                                               


4. Pembekal Tenaga: Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.

5. Memperbaiki Pigmentasi: Wow! Bahagian ni mesti ramai para wanita di luar sana suka. Al-maklum apabila umur kita meningkat maka bintik-bintik hitam atau pigmentasi ini semakin bertambah. Selain itu, ia memperbaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, memperbaiki masalah kedutan dan kesan tua.

Mengapa anda masih berfikir panjang lagi setelah anda banyak berhabis duit untuk mendapatkan manfaat sebegini rupa??

Jom ESP!! Saya sudah...

Friday 21 August 2015

5 SEBAB KENAPA SAYA SUKA SHAKLEE

Mesti ramai yang tertanya-tanya dan nak tahu kenapa saya suka shaklee. Perkara baik macam ni saya tak akan sorok dan simpan seorang, saya pasti akan kongsi kebaikan dan manfaatnya kepada anda semua.

1. Anugerah yang paling indah dan ramai orang yang kadang-kadang terlepas pandang akan perkara ini iaitu nikmat kesihatan. Kurniaan Allah ini amat besar nilainya kerana jika sekaya mana pun kita andai tahap kesihatan kita terbatas maka kita tidak dapat menikmati kekayaan itu dengan sempurna.



2. Dengan Shaklee saya bukan sahaja dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan saya tetapi juga dapat membantu orang lain. Bidang ini (berniaga) paling saya suka kerana kita dapat membantu seterusnya membuka ruang dan peluang kepada orang lain untuk menceburinya. Pahala berantai siapa yang tak nak kan?

3. Pelanggan 'repeat order'. Saya tahu bab ni semua peniaga suka sebab kita sudah ada pelanggan sendiri dan pelanggan itu tetap akan mencari kita bukannya penjual lain. Inilah yang membezakan antara kita dengan penjual lain. Pelanggan akan tetap setia bersama kita jika kita mempunyai keistimewaan di hatinya. Ini sangat penting untuk saya jaga hati pelanggan dengan memberikan konsultasi dan perkhidmatan terbaik buat mereka.



4. Suplemen Shaklee adalah suplemen yang terbukti berkesan secara klinikal dan merupakan jenama antarabangsa yang terkenal. Mana mungkin saya akan memilih produk atau suplemen untuk dijual kepada orang ramai tanpa mengetahui dari mana asal usul produk tersebut. Lebih kukuh lagi apabila multivitamin Shaklee sudah menjangkau usia 100 tahun.


5. Walaupun produk Shaklee ini adalah jenama antarabangsa namun ia mempunyai sijil halal yang diperakui oleh ISA (Amerika) dan pastinya mendapat persetujuan halal daripada JAKIM (Malaysia).
Kita mungkin biasa mendengar orang beli barangan seperti beg tangan dan kasut berjenama dari negara luar. Kenapa ini terjadi?? Sudah pasti kerana kualitinya sudah terbukti. Jadi, begitu juga halnya dengan suplemen Shaklee ini. Alhamdulillah suplemen yang hanya memasuki pasaran Malaysia adalah suplemen yang halal 100%.



Kepada anda yang masih tercari-cari bisnes yang mampu berkembang sehingga ke anak cucu anda, apa kata sertai saya bersama kumpulan jutawan untuk sama-sama menjadi warga yang sihat dan berjaya.

Saya doakan semoga anda membuat keputusan paling bijak dalam hidup anda dan semoga berjaya.

Salam ukhuwah,
Azu Naurah
0126705753

Thursday 20 August 2015

7 TIPS PERSEDIAAN UNTUK HAMIL

Ramai kawan-kawan di luar sana yang terkadang ambil mudah bab persediaan diri untuk mengandung atau hamil kan?

Ok tak apa, jom kita selami apakah persediaan yang perlu wanita peka tentang cara penjagaan diri untuk hamil. Apa yang akan saya kongsikan ini adalah lebih kepada diri wanita itu sendiri di samping suami yang sedia menanti kehadiran orang baru di dalam keluarga mereka.

PENJAGAAN DIRI

1. Sebelum mengandung atau hamil seseorang itu perlukan sokongan daripada suami. Ini penting bagi membantu isteri untuk mengambil pemakanan yang sihat dan mendapat rehat yang secukupnya agar fasa pertama kehamilan dapat dilalui dengan mudah dan tenang.

2. Suami dan isteri perlu banyak berdoa agar hubungan yang dijalin itu dapat membuahkan hasil seterusnya memberi kebahagiaan dan sinar baru dalam kehidupan mereka.



3. Isteri perlu banyak berkorban dengan menjaga kesihatan tubuh badan agar anak yang terhasil di dalam kandungan itu nanti mendapat zat-zat yang sepenuhnya daripada tubuh si ibu.

4. Bangun malam untuk menunaikan solat sunat tahajjud, taubat, hajat dan witir sangat digalakkan kerana kita seringkali gagal untuk melakukan aktiviti senaman seminggu 3 kali. Oleh itu, dengan qiamullail yang dilakukan setiap pagi sekurang-kurangnya dapat membantu isteri untuk kekal cergas sepanjang hari.

5. Pengambilan makanan tambahan sebagai persediaan untuk hamil juga sangat penting. Ini kerana dengan tubuh yang sihat dan cergas dapat membantu isteri menjalankan tugasnya di rumah atau di tempat kerja dengan lebih bertenaga dan ceria.

6. Apabila saat kitaran haid sudah berlalu, pasti keadaan ini akan membuatkan jantung si isteri berdebar-debar untuk menunggu hasilnya di akhir kitaran. Walau apa jua hasilnya sama ada positif atau negatif, terimalah ia dengan redha dan pastinya ada hikmah yang lebih baik akan Allah beri kepada setiap hamba-Nya.

7. Teruskan berusaha tanpa putus asa kerana keputusan di akhirnya in shaa Allah akan ada manisnya.



Selamat Mencuba dan Beramal!

Alhamdulillah, dengan mengamalkan pengambilan ESP, Vitalea, Vitamin C dan B complex saya bakal menimang cahaya mata yang keempat.

Anda ingin mencuba??



Salam Ukhuwah
Azu Naurah
0126705753

Wednesday 17 June 2015

ULANGKAJI BAB PUASA

Ulangkaji Bab Puasa:

Jom kita semak sama-sama...:)

Niat Puasa - "Sahaja aku berpuasa pada esok hari untuk menunaikan fardu bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala"

Syarat Wajib Puasa:-
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (bukan musafir)
6. Suci (daripada haid & nifas)

Syarat Sah Puasa:-
1. Islam
2. Berakal & mumayyiz
3. Suci (daripada haid & nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadan

Rukun-rukun Puasa:-
1. Org yang berpuasa
2. Berniat
3. Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa

Perkara Yang Membatalkan Puasa:-
1. Makan & minum dengan sengaja
2. Memasukkan dengan sengaja benda ke dalam rongga yang terbuka
3. Muntah dgn sengaja
4. Keluar haid & nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar mani dengan sengaja
8. Bersetubuh (siang hari)

Perkara Sunat Ketika Puasa:-
1. Segera berbuka puasa
2. Berbuka dengan kurma / juadah manis
3. Baca doa
4. Melambatkan bersahur
5. Banyakkan baca Al-Quran, berzikir, berselawat & membuat amal kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Menjauhi percakapan yang sia-sia & perbuatan yang tidak membawa manfaat
8. Mandi junub lebih awal sebelum masuk waktu subuh

Makruh Ketika Puasa:-
1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-kumur
4. Memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan
5. Mandi yang berlebihan
6. Rasa makanan dihujung lidah

Golongan Yang Wajib Mengqada' Puasa:
1. Orang sakit yang ada harapan sembuh
2. Orang yang musafir (bukan krn maksiat)
3. Orang yang kedatangan haid & nifas
4. Orang yang meninggalkan niat puasa
5. Orang yang sengaja melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa
6. Orang yang pitam / mabuk
7. Orang yang sangat lapar & dahaga


Mereka Yang Dikenakan Membayar Fidyah Puasa:-
1. Mereka yang tidak dapat mengqada'kan puasa sehingga masuk Ramadan kali kedua - (fidyahnya : 1 cupak beras utk setiap hari yg ditinggalkan di samping mengqada' puasa) bg setahun tertinggal.
Kalau tidak diqada' sehingga melampaui 2 tahun maka dikenakan 2 cupak tetapi puasa tetap juga 1 hari (tiada tambahan)

2. Orang sakit yang tidak ada harapan sembuh

3. Orang yg terlalu tua & tidak terdaya berpuasa

4. Orang yg ada qada' puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian. ( fidyah dibuat oleh kerabat si mati / diambil daripada harta pusakanya )

5. Perempuan yang mengandung / yang menyusukan anaknya perlu mengqada puasa & membayar fidyah 1 cupak beras bagi setiap hari yang ditinggalkan sekiranya dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan anaknya. Tetapi sekiranya dia takut mudarat pada dirinya dia hanya wajib mengqada puasanya.


Kifarat Bersetubuh di Bulan Ramadan:
* Org yang bersetubuh pada siang hari bulan Ramadan, maka kedua-kedua suami isteri tersebut perlu mengqada' puasa berkenaan & suami wajib membayar kifarat (denda) spt:-
1. Memerdekakan seorg hamba mukmin L / P. (sekiranya tidak mampu)
2. Berpuasa 2 bulan berturut-turut tanpa terputus (kalau tidak berdaya)
3. Memberi makan kepada 60 orang fakir/ miskin.

Tingkatan Puasa:-
1. Puasa Umum - sekadar menahan makan, minum & keinginan berjimak
2. Puasa Khusus - memelihara mata, telinga, lidah, tangan & kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri daripada perkara-perkara di atas
3. Puasa Khusus al-Khusus - merangkumi puasa di atas dan disempurnakan pula dengan puasa hati daripada semua keinginan lahir & batin.

Mereka Yang Dibenarkan Meninggalkan Puasa
1. Orang yang hilang daya upaya seperti sakit yang apabila berpuasa akan menambahkan keuzuran
2. Orang musafir
3. Orang yang terlalu tua & amat lemah
4. Orang yang tersangat lapar & dahaga
5. Perempuan hamil / menyusukan anaknya yang apabila berpuasa boleh memudaratkan diri / anak yg disusui itu.

Semoga bermanfaat untuk anda semua...

Selamat menjalani ibadah puasa....Ramadan Kareem



"ESP membantu anda untuk kekal  bertenaga"

Sekian sahaja...

Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com

Thursday 7 May 2015

10 KRITERIA PEMILIHAN SUPLEMEN TERBAIK

Assalamualaikum semua. Nak ambil suplemen ni bukan main sebarang-sebarang beli dan hanya ikut-ikut orang makan je tau. Pastikan anda membuat pemilihan suplemen terbaik berdasarkan kriteria-kriteria yang boleh dipercayai dan daripada sumber-sumber rujukan yang tepat dan sahih. Ingat, ia melibatkan nyawa jika anda tersalah pilih suplemen. Jadi, berhati-hati dan tanyalah kepada orang-orang yang anda boleh percayai seperti pakar nutrisi, doktor yang tahu ilmu nutrisi dan pengedar-pengedar suplemen yang bertauliah.

Adalah menjadi keutamaan kepada kita untuk memilih sesuatu yang melibatkan tahap kesihatan seterusnya memberi impak besar dalam kehidupan kita. Oleh itu, 10 kriteria penting yang harus anda ambil berat ialah:

1. Siapa SYARIKAT PENGILANG produk suplemen?
Syarikat yang menjual produk tertentu mungkin tidak mengeluarkan produk mereka. Mereka mungkin hanya "mengedar" produk. Produk-produk suplemen yang terbaik di pasaran akan dikeluarkan dan diedarkan oleh syarikat yang sama. Ini memastikan lebih kawalan ke atas kualiti proses pembuatan.

2. Adakah pengeluar suplemen mematuhi PROSEDUR FDA bagi pengilangan yang baik?
Ia adalah penting untuk mengetahui sama ada produk suplemen yang telah dikeluarkan di bawah Prosedur Pengilangan Baik FDA (GMP). GMP adalah garis panduan kawalan kualiti bahawa industri farmaseutikal perlu mematuhi peruntukan undang-undang. Prosedur ini tidak diperlukan oleh industri suplemen namun syarikat-syarikat yang terkenal adalah mereka yang bersedia untuk mematuhi garis panduan ini. Terdapat hanya segelintir syarikat nutrisi yang telah melaksanakan garis panduan ini dalam prosedur pembuatan mereka.

3. Adakah produk nutrisi ini MENJALANI UJIAN KUALITI ke atas bahan-bahan mereka?
Setiap kelompok produk pemakanan perlu mempunyai bahan-bahan mentah yang dianalisis untuk kemujaraban dan kualiti. Produk-produk suplemen yang terbaik akan mempunyai sebanyak 300 ujian kualiti ke atas setiap salah satu produk suplemen mereka.

4. Adakah produk suplemen yang anda gunakan diperbuat daripada BAHAN SEMULAJADI ATAU SINTETIK?
Bukan semua produk suplemen adalah 100% semulajadi; contoh bagi vitamin B. Ada vitamin B yang mendakwa sebagai 100% semulajadi, sesiapa yang mendakwa sedemikian adalah salah. Semua produk pemakanan berkualiti tinggi akan mengandungi banyak bahan-bahan semulajadi.

5. Adakah produk pemakanan mempunyai TARIKH LUPUT DICAP PADA BOTOL?
Sama seperti makanan yang akan rosak selepas tarikh luput, ini juga berlaku untuk produk nutrisi. Semua produk suplemen yang berkualiti tinggi akan dicap Tarikh Luput pada botol mereka.

6. Adakah produk suplemen ini LULUS "UJIAN AIR"?
Ujian air digunakan untuk memastikan penyerapan produk nutrisi. Banyak produk pemakanan di pasaran banyak bahan pengikat tiruan, bahan pengisi dan bahan pewarna yang apabila dimakan, sistem pencernaan kita tidak dapat memecahkan pil untuk penyerapan.

Ujian Air: Ambiil pil sampel daripada produk suplemen anda dan letakkan di dalam segelas air. Pil anda harus benar-benar  larut menjadi longgokan serbuk dalam masa 20 minit. Jika ia mengambil masa lebih lama, terdapat kebarangkalian yang sangat tinggi bahawa badan anda tidak akan dapat memecahkan produk-produk tersebut dan menyerapnya ke dalam darah anda.

7. Adakah pengedar produk pemakanan anda mempunyai LEMBAGA PENASIHAT SANINTIFIK YANG SAH?
Syarikat Nutrisi berkualiti tinggi akan mempunyai lembaga penasihat yang terdiri daripada pakar-pakar perubatan dan ahli sains yang terkenal di dunia. Banyak pengeluar pemakanan yang kurang ternama akan mempunyai 'lembaga penasihat' mereka yang terdiri daripada orang-orang yang tidak mempunyai pengiktirafan ijazah lanjutan dalam bidang biokimia atau pemakanan dan tiada autoriti dalam bidang pemakanan.

8. Adakah pengeluar suplemen mempunyai KEMUDAHAN PENYELIDIKAN YANG SAH?
Pengeluar berkualiti tinggi akan mempunyai bangunan berasingan yang dikhususkan untuk penyelidikan. Pengeluar lebih tinggi reputasinya akan meletakkan kemudahan penyelidikan mereka di sekolah-sekolah perubatan yang berprestij.

9. Adakah pengeluar suplemen MELAKUKAN UJIAN KLINIKAL pada produk suplemen mereka?
Pengeluar berkualiti tinggi akan melakukan ujian klinikal ke atas produk suplemen mereka di institusi berprestij seperti Harvard, Universiti Tufts, John Hopkins, Yale, UCLA, Stanford University, University of California Berkley. Ujian klinikal seperti ini harus dilakukan oleh institusi di luar sana supaya semua keputusan dan metodologi adalah lebih saksama dan tidak berat sebelah.

10. Adakah pengilang MEBERBITKAN PENEMUAN KLINIKAL DALAM JURNAL-JURNAL SAINS?
Pengeluar suplemen bukan sahaja melakukan ujian klinikal ke atas produk mereka tetapi mereka juga menerbitkan hasil klinikal mereka dalam jurnal-jurnal ulasan sains.

Selain itu, pengeluar yang berkualiti tinggi harus memperuntukkan sekurang-kurangnya US$1,000,000 setahun bagi penyelidikan untuk membangunkan dan menguji keberkesanan produk mereka.

Disamping itu pengeluar suplemen yang berkualiti tinggi juga akan mempunyai ramai saintis-saintis dan kakitangan yang bertauliah Sarjana atau lebih tinggi dalam bidang pemakanan.

Oleh itu, jika seseorang menjual produk suplemen, mereka perlu mengetahui jawapan kepada soalan-soalan ini. Jika mereka tidak lakukan semua ini, ANDA JANGAN MEMBAHAYAKAN DIRI SENDIRI! kerana ANDA TIDAK AKAN TAHU APA ANDA BELI dan tidak semua produk pemakanan dicipta sama.

Semoga perkongsian ini membantu anda untuk membuat pilihan suplemen terbaik buat diri anda dan keluarga. Usah membiarkan diri anda berada di dalam keadaan yang bahaya dengan mengambil suplemen-suplemen yang tidak diketahui sumbernya.

Ingin menjana pendapatan untuk diri dan keluarga anda? Saya sedia membantu. Tidak kira di mana anda berada, semua sangat mudah dizaman moden ini. Hanya tekad keazaman dan keinginan yang tinggi serta usaha diperlukan untuk merealisasikan impian anda.

Hubungi saya,
Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com




Tuesday 5 May 2015

5 TIPS MENGEMAS DENGAN PANTAS

Bagi anda yang masih tercari-cari rentak untuk kembali rajin dan bersemangat mengemas, di sini saya ingin kongsikan tips mengemas dengan pantas. Suatu nikmat yang sukar digambarkan apabila nikmat kepuasan hati ini dapat direalisasikan dalam masa yang ditetapkan.

5 Tips tersebut ialah:

1. Solat awal waktu: Apabila masuk waktu sama ada ketika anda sedang mengemas atau baru mula hendak mengemas, hentikan dahulu tugas itu dan teruslah bersegera mengambil wudhuk dan kemudiannya tunaikanlah solat. Hal ini sangat penting supaya kita dapat menjaga hubungan kita dengan Pencipta seluruh alam iaitu Allah s.w.t.

2. Fokus: Sewaktu melaksanakan tugas mengemas, pastikan anda fokus dan tidak perlu teringat-ingat kepada hal-hal di belakang yang sedang menunggu. Ini kerana ia akan terus mengganggu dan menyebabkan tugas anda menjadi tertangguh.

3. Kerjasama: Bagi mendapatkan hasil sasaran yang diingini, mintalah kerjasama daripada suami dan anak-anak. Dengan persetujuan daripada mereka juga tugas anda untuk mengemas juga akan menjadi mudah dan lebih cepat serta teratur.

4. Jauhi "Hand Phone": Disiplin yang tinggi juga amat diperlukan untuk mempercepatkan proses mengemas. Usah sekali-kali mendekatkan diri anda dengan telefon bimbit kerana di situ akan membuatkan tugas anda terhenti dan semakin lambat untuk anda menyiapkannya. Jika ada panggilan dan tidak penting, mintalah ditangguhkan dahulu perbualan tersebut dan beri masa kepada pemanggil untuk dia menelefon anda semula.

5. Kuatkan semangat: Sebelum memulakan proses penyelongkaran, tekadkan dalam hati bahawa anda pasti dapat menelesaikan tugas ini dengan sebaik-baiknya. Yakin dan sentiasa bersemangat ketika menjalankan tugas juga sangat penting bagi melancarkan urusan ini.

Untuk akhirnya, bersabarlah ketika proses ini sedang berjalan kerana di hujungnya nanti pasti anda akan dapat nikmati hasil seperti yang diidam-idamkan. Semoga usaha anda ini dapat memberi 1001 inspirasi dalam menjalankan tugasan lain di masa hadapan.

Sekian perkongsian daripada saya. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda untuk terus mendapatkan kepuasan hati dalam apa jua urusan yang anda lakukan.

Terasa sakit-sakit badan selepas mengemas? Anda tak perlu risau, Vivix, AJHT, Ostematrix dan Omega Guard dapat memberi kelegaan kepada anda dengan lebih selamat dan semulajadi.



Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com

Sunday 3 May 2015

5 SEBAB KENAPA ANDA PERLU AMBIL SET LANGSING

Pasti anda sangat teruja untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik dan berat badan yang ideal sebelum menjelang hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi kan?? Perkara penting yang sering diambil berat oleh pengguna-pengguna set slimming Shaklee adalah berkenaan dengan hasil dan kesannya pada tubuh.

Hal ini kerana mereka bukan sahaja mendapat hasil berat yang diidamkan tetapi dapat kesan tambahan yang menakjubkan. Haa..ingin ketahui dengan lebih lanjut, sila setia bersama saya hingga ke hujung cerita.


5 SEBAB KENAPA AMBIL SET SLIMMING SHAKLEE

1. Jimat Wang: dengan setiap pembelian set ini, anda akan perhatikan terdapat beberapa vitamin yang tahan dalam masa beberapa bulan. Ia bukan sahaja menjimatkan wang anda malah anda tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkannya dalam masa yang serentak untuk pembelian kali kedua dan seterusnya.

2. Pelengkap Nutrisi: anda pasti akan mendapat kesan terbaik pada tubuh kerana set ini juga mampu memberikan anda manfaat yang lain seperti kekal bertenaga, kecantikan, mengurangkan stress dan banyak lagi.

3. Hilang Bau Badan: saya yakin anda tentu tidak menyangka bahawa set ini membantu anda untuk mennyelesaikan masalah yang sering menghantui diri. Ya, bukan senang untuk mengawal bau badan jika anda jenis yang tidak tahu menjaganya. Nah, dengan set slimming yang superb ini, anda bakal menjadi super model dalam keluarga terutamanya suami anda sendiri (bagi yang sudah bersuami).

4. Berat Badan Ideal: dengan pengambilan secara konsisten, anda mampu mendapatkan berat badan yang diidamkan dan tersangat ideal. Bersama senaman yang anda lakukan walaupun agak ringan, ia mampu menampakkan kelainan pada tubuh asal anda. Paling penting jagalah pengambilan makanan dengan cara yang teratur agar hasilnya dapat ditiru oleh orang lain.


5. Mengurangkan Masalah Kesihatan: walaupun anda hanya mengambil set slimming, namun anda mampu mendapat kesan kesihatan yang optimum akibat daripada pengambilannya secara konsisten. Anda dapat berkongsi manfaat ini bersama kawan-kawan serta bersama-sama untuk menjaga kesihatan demi kelangsungan hidup yang sejahtera.

Jadi, mengapa anda mesti berfikir panjang untuk mendapatkan set slimming terbaik ini. Ianya terbukti berkesan dan anda pasti berkongsi manfaatnya nanti bersama kawan-kawan lain kenapa anda mengambil set slimming Shaklee ini secara konsisten.
Cubalah sendiri hari ini...

Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com


Saturday 2 May 2015

Berjaya Mendaki Dengan Set Sendi

Pernah mendaki? Apa rasa agaknya ya bila kaki dah tak segagah seperti masa zaman muda-muda dulu? Saya ada kisah yang ingin dikongsikan buat anda semua. Ini dia testimoni berjaya pasangan warga emas yang berjaya mendaki.

Bagi orang-orang yang sudah agak berusia, pasti kaki tidak segagah dahulu. Tapi kini mereka berdua sudah kembali sihat dan bertenaga setelah mengamalkan set sendi Shaklee.


Ia memang terbukti berkesan dan sangat mengujakan untuk kita beri inspirasi kepada kedua ibu bapa kita yang masih ada. Jika kita berusaha, in shaa Allah pasti ada hasil yang terbaik buat diri kita.
Begitu juga dengan semangat pasangan ini untuk mendaki, dahulunya lutut mereka sentiasa terasa sakit dan tidak dapat bergerak dengan cergas, kini mereka dapat jalani kehidupan seperti biasa tanpa sakit lutut dan sendi yang sangat berbisa.

Untuk makluman anda, set sendi Shaklee terdiri daripada Ostematrix, AJHT dan Omega. Walau bagaimanapun anda disarankan untuk mengambil 3 vitamin asas ini untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan boleh ditambah lagi dengan pengambilan Vivix, alfalfa, Vitalea, Collagen powder, B complex dan herblax.


Semoga dengan testimoni yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada anda untuk sama-sama menikmati kehidupan yang lebih selesa. Untuk keterangan lanjut, anda boleh hubungi saya di talian tertera.
Salam ukhuwah,
Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com


Tuesday 28 April 2015

SEMUA ORANG BOLEH TUNGGANG KUDA

SEMUA ORANG BOLEH MENUNGGANG KUDA

Saya yakin ramai insan di luar sana yang teringin untuk menunggang kuda. Ya, kini semua orang boleh menunggang kuda dengan hanya RM 5 untuk sekali pusingan manakala kelas menunggang kuda adalah serendah RM 395 untuk 8 kali kelas yang perlu anda hadiri.

Semua ini hanya yang terbaik di Pusat Ekuin UTM, Skudai. Datanglah beramai-ramai pada setiap hari Sabtu dan Ahad iaitu pada jam 8:30-10:00 pagi dan 4:30-6:00 petang. Satu hari ada dua sesi. Terbuka untuk orang awam.

18 April 2015 adalah hari bersejarah bagi saya kerana pertama kali menunggang kuda. Teruja sungguh, bukan kanak-kanak saja malah orang dewasa pun turut sama mendapat peluang sebegini.





Bermula dengan taklimat tentang sejarah kuda, jenis-jenis dan kebaikannya ia sudah cukup menggembirakan hati kami yang mendengarnya kerana banyak perkara baru yang kami pelajari.

Pelbagai jenis kuda yang ada, bukan semua kuda itu sama tugasnya. Binatang ini juga perlu di sekolahkan untuk memudahkan petugas mengendalikan dan menjaganya. Ada kuda khas untuk masuk hutan, kuda khas untuk aktiviti sukan seperti ‘jumping’, ada kuda untuk tarik kereta kuda dan sebagainya.

Antara pantang larang yang mesti kita elakkan semasa berada berhampiran dengan kuda ialah kita tidak dibenarkan untuk berdiri di belakang kuda kerana dikhuatiri akan ditendang, elakkan daripada dipijak oleh kuda kerana ke hospitallah kita jawabnya, dilarang menyua makanan berkali-kali dengan rasa takut kerana kuda pun tahu marah ya sebab ia merasa dipermain-mainkan, tidak menyepak-nyepak kuda sewaktu menunggangnya dan paling penting kita tidak dibenarkan untuk membuat bising di kawasan kandang kuda.

Biasalah tu kan, manusia pun tahu marah kalau orang buat bising. Betul tak? Hehe..

TEKNIK MEMBERI MAKAN KEPADA KUDA

Ok, bab ni jangan main-main tau. Hanya kuda yang sudah di sekolahkan sahaja dibenarkan untuk kita beri makan kepadanya. Nak tahu apa yang kuda ni suka?? Rumput?? Ishh..apa kerlas…hehe

Kuda pun ‘demand’ tau, dia makan ‘carrot’. Haaa…bukan arnab je yang makan lobak, kuda pun sama makan lobak merah ni.

Cara yang betul untuk menyuap makanan kepada kuda ialah dengan cara meletakkan lobak di atas tapak tangan kita dan membuka tapak tangan seluas-luasnya. Jangan takut…kuda yang dah di sekolahkan ni memang pandai dan dia tak akan gigit tangan kita sebaliknya mengambil makanan tersebut menggunakan bibirnya sahaja.




Tetapi AWAS! Sekiranya anda takut-takut dan menarik-narik tangan anda daripada member makan kepadanya, ini boleh membuatkannya marah dan dikhuatiri tangan anda akan digigit.

Tariklah nafas, baca bismillah dan bercakap dengannya baik-baik. In shaa Allah dengan hati yang tenang pasti anda dapat lakukannya dengan seronok. Mesti berkali-kali anda akan beri makan kepadanya..cubalah..

TEKNIK MENUNGGANG KUDA BERSAMA PETUGAS

Pastikan anda naik atas kuda dengan cara yang betul. Sebelum itu, anda perlu memakai topi keledar khas untuk menunggang kuda demi keselamatan.

Setelah itu, pegang tali yang ada pada badan kuda dan semasa kuda sedang berjalan fokuskan diri anda untuk memandang ke hadapan. Jangan sekali-kali memusing-musingkan badan dan kepala kerana untuk mengelakkan daripada terjatuh.



Kemudian turun kuda dengan perlahan-lahan, buka topi keledar keselamatan dan tepuk bahu kuda serta usap kepalanya. Bab ni kuda memang suka tau.

KEBAIKAN DARI SEGI KESIHATAN

Ø  Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki dan dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.
Ø  Bentuk lekuk belakang kuda (tempat di tunggang) amat baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.
Ø  Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vertebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni dan meransang saraf-saraf tulang belakang seolah-olah diurut  sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang vertebra semasa orang menunggang kuda.
Ø  Seluruh anggota: tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat.
Ø  Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau bergelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie. Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata kerana terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan galloping kuda.






Hakikatnya semua orang boleh menungang kuda. Ini adalah salah satu daripada amalan sunnah Rasulullah s.a.w. yang perlu kita tahu. Semoga dengan info yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada kita semua sama ada yang sudah bergiat aktif dalam bidang ini atau yang baru mula untuk berjinak-jinak dengan aktiviti ini.

Perkongsian saya seterusnya adalah tentang aktiviti memanah. Nak tahu?? Haaa…tungguuu…

Anda sedang mengalami sakit-sakit badan atau sakit-sakit sendi? Dapatkan AJHT, OMEGA dan OSTEMATRIX. In Shaa Allah ianya dapat membantu untuk memberikan kelegaan kepada anda seterusnya menguatkan otot-otot badan dengan kandungan dan bahan-bahan semulajadi yang digunakan.

Salam Mesra,

Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com


Monday 13 April 2015

Bagaimana Saya Atasi Masalah Jerawat

Salam sejahtera semua. Wow! sejak akhir-akhir ni saya mula perasan..eh bukan saya sorang je tau, ramai lagi kawan-kawan yang perasan. Nak tau apa dia? Pasal jerawat saya ni, mana pergi entah sekarang, tau-tau je dah hilang...hehe

Sebenarnya saya tak nak lah simpan kebaikan ni sorang-sorang, lebih baik saya kongsikan bersama orang lain yang mempunyai masalah jerawat macam saya ni dulu.

Macammana saya atasi masalah ini? Senang je...hehe
Sebelum tu nak cerita sikit tentang pengalaman menternak jerawat ni. Memang malu sangat kan, seolah-olah kita ni tak pandai jaga kebersihan wajah padahal dah bermacam-macam produk tau saya guna. Dari yang murah sampailah yang mahal. Agak-agak mahu sampai ribu riban.

Sejak join Shaklee ni, baru saya tau yang sebenarnya kita kena bersihkan dalaman terlebih dahulu. Bila dalaman dah dicuci bersih dan keluar habis, haa barulah terpancar seri wajah tu. Tak kiralah apa warna kulit kita sekalipun yang penting BERSIH.

Saya teruja sangat nak bagi tahu apa yang saya ambil. Pertama, saya ambil set resdung dulu. Al-maklumlah, jerawat saya terhasil dengan begitu banyaknya disebabkan oleh kotoran resdung yang telah bersarang sekian lama.

Saya ambil alfalfa pada waktu malam sebelum tidur, kemudian Vitamin C (paling best sebab boleh cunkan seri wajah), ESP (yang ni wajib memang tak boleh tinggal), Zinc complex untuk pulihkan luka jerawat saya, B complex untuk mengurangkan masalah tekanan yang saya hadapi dan akhir sekali Vitamin E yang tinggi anti oksidan.

Harga untuk set ni lebih murah berbanding dengan set kecantikan yang saya pernah ambil dulu dan itu hanyalah untuk luaran sahaja. Set Kecantikan Shaklee ni memang sangat-sangat untung dan berbaloi sebab boleh digunakan untuk dalaman dan luaran. Bayangkan betapa jimatnya setiap wang yang saya laburkan.

Tengoklah hasilnya sekarang, saya nak tengok muka sendiri pun dah tak malu. Kalau dulu...ermm hanya Allah saja yang tau betapa rasa rendah dirinya saya untuk berhadapan dengan orang ramai. Kini saya lebih yakin dengan penampilan diri yang lebih berwajah baru.

Inilah wajah terbaru saya ...:)

                                      

Ingin mencari set kesihatan yang sesuai buat diri anda dan keluarga? Atau mahu menjana pendapatan 4, 5 dan 6 angka dari rumah atau dari mana-mana sahaja?

Hubungi saya Puan Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com




Friday 10 April 2015

Kasih Sayang

Salam sejahtera semua. Petang Jumaat yang barakah ini, saya ingin kongsikan sedikit ilmu untuk kita semua agar minda kita lebih terbuka dan menerima sesuatu dengan lebih positif.

Wujudkan Kasih Sayang Sesama Insan dan Makhluk Tuhan

Sikap berkasih sayang ini perlu dipupuk dalam diri anak-anak. Anak-anak perlu diajar, setiap insan itu sama meskipun berbeza warna kulit dan rupa. Usah sesekali memupuk sentimen permusuhan dan kebencian. Malah sifat kasih sayang ini juga perlu ada pada hidupan yang lain.

Ajar dalam diri anak-anak kita, setiap nyawa itu berharga dan setiap hidupan itu juga mempunyai perasaan. Sifat ini menjana IESQ anak-anak dan membuatkan mereka cenderung melakukan kebaikan dalam apa jua keadaan.

                                       
Contoh mudah, kebanyakan kanak-kanak suka kepada haiwan seperti kucing dan arnab. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk menyentuhnya walaupun haiwan itu tidak mahu disentuh. Dalam hal ini, kita ajar mereka cara untuk memanggil haiwan tersebut dengan penuh kasih sayang dan akhirnya haiwan tersebut secara tidak langsung memahami maksud anak-anak itu dengan hanya mendiamkan dirinya sahaja.

Begitu juga dengan manusia yang secara jelasnya mempunyai hati dan perasaan. Jika hati dan perasaan kita lebih kepada emosi yang tidak stabil seperti suka marah-marah, maka nilai kasih sayang tidak dapat dipancarkan melalui memek muka mahupun gerak badan.

Oleh itu, adalah sangat penting bagi kita sebagai manusia biasa untuk memupuk sikap ini sedari anak-anak kita masih kecil lagi supaya minda mereka lebih positif dan lebih cenderung untuk mempunyai perasaan ini kepada Allah dan makhluk ciptaanNya.

Sekian, selamat beramal.

Salam Ukhwah,
Azu Naurah
"Badan Sihat Hidup Ceria, Amanah Allah Kita Pelihara"

azunaurah@gmail.com

Friday 3 April 2015

KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA

Salam sejahtera semua. Perkongsian menarik untuk sama-sama kita fikir-fikirkan.

Ramai juga yang saya jumpa bila anak dah masuk 2 ke 3 orang baru ada kesedaran nak menyusukan sepenuhnya anak mereka dengan membawa pam susu ke tempat kerja.

Apa-apa pun Alhamdulillah mereka sedar tentang kepentingan menyusukan anak ni.
Tak kira sesibuk mana pun, kita wajib tunaikan hak dan tanggungjawab kita terhadap anak.

Tiada alasan lagi perlu diungkapkan "susu saya kering" kerana zaman ini zaman mudah untuk mencari ikhtiar sehingga mencapai hasil yang diinginkan.
Nilai kasih susu ibu manakan sama dengan nilai susu formula yang sudah dikenakan gst...hehe, tak gitu?
Paling seronok bila badan kita kembali kepada bentuk asal dan berat pun cantik. Best kan?

Salam Sayang,
Azu Naurah
012 6705753
"Badan Sihat Hidup Ceria, Amanah Allah Kita Pelihara"
azunaurah@gmail.com

BANTU PESAKIT DIABETES

Salam sejahtera semua. Salam ceria, semoga anda beroleh rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T. Hari ini perkongsian saya adalah tentang:

"Bagaimana pesakit kencing manis nak turunkan berat badan?"
Dalam kebanyakan situasi pesakit ini, saya amat memahami perasaan mereka.
Mereka bukan tak nak turunkan berat badan tetapi bimbang jika makanan yang mereka ambil untuk kurangkan berat badan itu akan lebih memudaratkan kesihatan mereka.

Untuk itu saya cadangkan mereka ambil Cinch Shake Mix. Ini kerana indek glisemik -22; adalah sangat sesuai untuk mereka.
Maka dengan itu, kadar glisemik yang rendah ini boleh mengekalkan tahap gula dalam darah yang normal dan memberikan tenaga.

Kandungan Leucine di dalam Cinch Shake juga sangat penting kerana ia merupakan nutrisi untuk keperluan tubuh kita.
Tiada lagi kerisauan tentang pesakit diabetes untuk turunkan berat mereka.
Jika anda insan yang prihatin, bantulah saudara2 kita yang memerlukannya.

Salam Sayang,
Azu Naurah
012 6705753
"Badan Sihat Hidup Ceria, Amanah Allah Kita Pelihara"
azunaurah@gmail.com

Thursday 2 April 2015

TIPS MENCATAT ILMU DAN HIKMAH

Salam sejahtera semua. Jadilah orang yang sentiasa menambah ilmu setiap masa. Peliharalah ilmu dengan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Ilmu bukan hanya di bilik darjah dan di sekolah. Ilmu berada di mana-mana dan pada masa yang tidak disangka-sangka.

Sebagai orang Islam, kita seharusnya menjadi pencinta ilmu dan bersiap sedia untuk mencatat dan menulis ilmu di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja ia berada.



Berkata Imam asy-Sya'bi, "Jangan sekali-kali kamu mendengar sebuah ilmu melainkan engkau mencatatnya. Sebab suatu hari nanti pasti engkau memerlukannya."

Walau siapa pun yang menyampaikan ilmu itu, catatlah ia kerana kita bukan diajar untuk taasub kepada guru tertentu sahaja dan ini sudah tentu akan merugikan diri sendiri. Jika menjadi pemimpin suatu hari nanti, orang seperti ini akan menjadi pemimpin yang berfikiran sempit. Dia cenderung menjadi diktator dan tidak memiliki kemampuan bekerjasama dengan orang lain.

Anda pernah alami lintasan fikiran? Seronoknya apabila ilham atau idea datang secara tiba-tiba tanpa disangka-sangka. Yakinlah bahawa semua itu adalah anugerah yang tidak terhingga daripada Pencipta kita iaitu Allah S.W.T.

Adakalanya ilmu juga datang ketika sedang bersendirian. Ilmu seperti ini berbentuk ilham, idea dan lintasan pemikiran yang Allah campakkan ke dalam hati yang selalu bertafakur dan muhasabah diri. Oleh itu, bersegeralah mencatat idea-idea ini. Seringkali, lintasan pemikiran dan idea ini membawa perubahan besar bagi kita dan masyarakat di sekitar kita.

MULAKAN MENCATAT SEKARANG!

Oleh kerana ilmu selalu datang tanpa mengenal masa dan tempat, seorang pelajar mesti selalu siap sedia mencatat ilmu-ilmu tersebut. Berikut ialah beberapa tip yang boleh dilakukan untuk memudahkan catatan dilakukan:


  • Bawa selalu pen dan buku kecil di saku atau beg tangan. Ini adalah kebiasaan para ulama dan tokoh cerdik pandai sejak dahulu lagi. Tujuannya agar mudah menulis ilmu atau idea yang datang secara tiba-tiba.

  • Tulis setiap idea yang terlintas di minda tanpa menunda. Ini kerana idea yang baik kadang kala hanya datang sekali sahaja. Jika tidak ditulis segera, idea tersebut akan pergi dan tidak akan datang kembali.

  • Usahakan agar tulisan dalam buku catatan jelas dan mudah dibaca. Jangan terlalu kecil atau terlalu rapat sehingga sulit untuk dibaca semula nanti. Tulislah menggunakan pen kerana jika menggunakan pensel, tulisan itu akan mudah pudar dan hilang.

  • Biasakan untuk menulis diari kegiatan sehari-hari. Tuliskan cita-cita dan target yang hendak anda raih sepanjang hidup sekaligus pelan aksi yang anda rancang untuk meraih cita-cita tersebut. Kebiasaan ini akan mengasah kemampuan anda untuk menterjemahkan idea menerusi tulisan yang sangat berguna dalam pelajaran anda nanti.

Sekian pesanan untuk anda anak-anak muda yang menjadi tonggak kekuatan sesebuah negara. Hargailah masa muda anda dengan memainkan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini dengan kegiatan yang bermanfaat.

"Tidaklah Allah memberikan ilmu melainkan pada masa muda. Seluruh kebaikan dimiliki oleh pemuda."
(Abdullah bin Abbas)

Salam ukhwah,
Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com
"Badan Sihat Hidup Ceria, Amanah Allah Kita Pelihara"






Friday 20 March 2015

KESAN SOYA GMO DAN SOYA NON-GMO

Selamat sejahtera kepada anda semua. Hari ini saya akan kongsikan testimoni hebat daripada diri saya sendiri. Testimoni ini bukan dibuat secara melulu tetapi melalui pemerhatian saya ke atas anak-anak yang saya kandungkan selama 9 bulan.

Dulu semasa mengandungkan zulfa (anak pertama), saya minum soya setiap hari. Disebabkan tidak tahu kesan akibat pengambilan soya GMO yang terlalu banyak, maka anak saya yang pertama mendapat alergi pada kulitnya. Untuk pengetahuan anda semua, masa itu saya terdengar orang kata "kalau nak anak yang lahir tu putih, minumlah soya".

Ya, zulfa lahir dengan kulitnya yang bersih dan gebu serta cerah. Memang betullah tu, tapi rupanya saya tersalah pilih soya dan soya itu adalah soya GMO.

Begitu juga apa yang jururawat pernah beritahu pada kawan-kawan saya bahawa jika minum soya (GMO) terlalu banyak semasa mengandung, anak yang lahir itu bakal mendapat masalah pada kulitnya dan saya sendiri sudah mengalaminya. Ermm..nak buat macamana, saya terlambat dapat info tu.

Apa yang saya perasan, masa zulfa kecil dulu apabila kena gigit nyamuk atau luka-luka kecil, lambat sangat nak baik. Terlalu banyak parut pada tangan dan kakinya. Saya hanya sapu ubat dan letak bedak merah saja untuk hilangkan gatal-gatal pada kulitnya. 

Hanya setelah dia berusia 5 tahun baru saya mengenali Shaklee. Untuk pulihkan lukanya, saya mandikan dia dengan beberapa titik basic H dan sapu Herbal Blend selepas mandi.

Semasa mengandungkan anak yang kedua dan ketiga, saya tidak lagi minum soya setiap hari walaupun pada masa itu saya tidak tahu tentang kesan pengambilan soya GMO. Masa mengandungkan anak yang kedua saya sudah tak kisah tentang kulit anak yang bakal lahir, apa yang saya harapkan ialah dia sempurna dan sihat. Alhamdulillah, badannya sihat dan semangat tapi kulitnya tak secerah si kakak...hehe.



2 tahun kemudian saya mengandungkan anak yang ketiga, pada masa itu saya belum lagi mengenali Shaklee tapi pernah nampak botol-botol vitamin itu di atas meja rakan sekerja. Sehinggalah dia lahir dan berumur setahun setengah barulah saya mengenali Shaklee seterusnya menjadi ahli. Kini, anak yang ketiga masih menyusu badan dan saya peminum tegar soya non-GMO iaitu ESP. Alhamdulillah kulitnya tidak bermasalah malah lebih cerah dan gebu.




Terima kasih kepada Shaklee kerana menyediakan produk terbaik yang diterima ramai masa kini.

Salam ukhuwah, 
Azu Naurah
Boleh hubungi saya untuk testimoni hebat ini...
012 6705753
azunaurah@gmail.com

Thursday 19 March 2015

UBAT PENYEMBUH JIWA

Selamat sejahtera kepada anda yang sentiasa dahagakan ilmu yang bermanfaat sebagai pengisian rohani untuk diri sendiri dan insan lain. Tahniah kerana anda juga telah berjaya memecahkan tembok keegoan untuk mencari ilmu disegenap pelusuk blog yang ada di dunia maya ini.

Perkongsian untuk hari ini adalah berkisar tentang UBAT. Bagaimana ubat berfungsi untuk merawat sesuatu penyakit? Teruskan bersama saya ya...



Kebodohan ialah satu penyakit. Kebodohan memang tidak merosakkan tubuh badan, namun merosakkan hati dan fikiran. Ubatnya ialah ilmu dan ilmu hanya dapat diperoleh jika kita rajin bertanya kepada ahlinya.

Hasan al-Basri berkata, "Pertanyaan adalah setengah daripada ilmu." Berkata Abu Sulaiman al-Ghanawi, "Tanyalah kepada orang pandai, maka engkau akan menjadi pandai sepertinya."



Kaedah tersebut disedari dan dilaksanakan oleh Ibn Abbas. Sejak kecil, beliau sangat rajin bertanya kepada Nabi SAW dan para sahabat Nabi yang lebih tua daripadanya. Beliau bercerita, "Seringkali aku bertanya kepada 30 orang sahabat Nabi tentang satu perkara yang sama."

Sebagaimana kita tidak boleh malu bertanya, kita juga tidak boleh malu berkata, "Saya tidak faham," jika kita memang tidak atau belum memahami sesuatu perkara. Bagi seorang penuntut, sikap ini bukan aib. Malah sikap tidak faham ini merupakan sifat terpuji yang akan bermanfaat untuk dirinya sendiri.

Seseorang yang tidak faham namun enggan bertanya ibarat seorang pesakit yang malu mengaku diri tengah sakit dan enggan meminta ubat. Akhirnya, dia akan terus sakit dan tidak pernah sembuh.

(Petikan daripada buku Ikon Syabab oleh Umar Muhammad Noor)

Bergitulah perumpamaannya, kita tidak boleh berdiam diri tanpa berkata apa-apa sekiranya kita tidak tahu dan tidak faham. Sifat berani juga harus dipupuk dalam diri supaya kita menjadi orang Islam yang kuat bukan sahaja dari segi fizikal malah kuat dari segi emosi dan spiritual juga.



Adakah anda memerlukan ubat hari ini?
Pilihan bijak di tangan anda!
Berubahlah hari ini demi masa depan yang lebih gemilang untuk masa akan datang.

Salam ukhuwah fillah,
Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel