Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Friday 27 February 2015

Dunia Kesihatan Anda: Shaklee Pilihan Saya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda yang merindui hasil perkongsian ilmu bersama saya. Hari ini adalah hari terakhir bagi bulan Februari 2015, semoga hidup anda lebih ceria dan bertenaga berbekalkan kesihatan yang dikurniakan Allah.

Siapa pun kita di dunia ini, walau dari mana datangnya kita ini, kita hanyalah peminjam kepada semua yang ada di dunia ini termasuklah nafas yang disedut setiap hari. Betapa pentingnya kita mensyukuri atas nikmat kurniaan Ilahi ini sebagai jalan untuk kita kemudi ke suatu destinasi yang kekal abadi.


Dengan rasa rendah hati, saya ingin sekali mengajak dan menarik minat anda semua supaya SEDAR. Sedar bukan hanya untuk kepentingan diri malah untuk orang di sekeliling yang kita sayangi.

Berapa ramai di antara kita yang benar-benar mengambil berat tentang tahap kesihatan mereka? Sudah berapa banyak kita berkorban untuk mereka? atau mungkin juga setakat menghantar insan yang disayangi ini keluar masuk hospital tanpa sebarang perubahan? atau lebih malang lagi jika anda tidak menyumbangkan apa-apa langsung untuk mereka. Astaghfirullah al-'Azim....renung-renungkan.

Saya tidak ada jawapannya, tepuk dada tanyalah diri anda sendiri. Dalam dunia yang mencabar hari ini, pelbagai penyakit sering kita dengari malah seringkali kita menganggapnya itu adalah perkara biasa.

Ya, betul. Itu adalah perkara biasa namun tidak terlintaskah di fikiran kita bahawa itu juga merupakan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim untuk mencari jalan agar orang lain atau ahli keluarga kita sendiri dapat melalui hari-hari mendatang dengan penuh keceriaan di samping dapat melakukan ibadat dengan sempurna tanpa terhalang oleh penyakit yang dihidapi?


Oleh itu, saya sangat berbesar hati jika anda mulai sedar dan insaf akan tanggungjawab ini sementara masih ada peluang. Hal ini bukanlah semata-mata kerana WANG, malah ianya lebih bernilai daripada itu.

Kenapa saya memilih bidang perniagaan ini?

Saya bukanlah bertujuan untuk mengambil alih tugas dan peranan seorang doktor atau jururawat, tetapi tugas saya lebih kepada ingin BERKONGSI sesuatu kebaikan untuk manfaat bersama.

Kita perlu ingat, hidup ini TIDAK lama. Mungkin esok atau lusa tamatlah hidup kita. Walau bagaimanapun kita tetap perlu berusaha untuk berikan yang terbaik dalam hidup kita. Betul kan?

Secara peribadi saya berpandangan bahawa, bidang ini mampu memberikan peluang TERBAIK untuk anda merubah kehidupan daripada yang biasa-biasa kepada LUAR BIASA.

Kita tidak perlu untuk menunggu sehingga kita atau ahli keluarga kita disahkan menghidapi sesuatu penyakit baru minda dan fikiran kita akan terbuka. Sebaliknya rebutlah PELUANG yang TERBUKA luas untuk anda nikmatinya bersama keluarga tercinta.




Sepertimana kata ROGER BARNETT Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Shaklee Corporation "Dan hari ini kami merupakan komuniti yang pesat berkembang melebihi 1.2 juta orang di seluruh dunia dengan berkongsi pelbagai produk yang dapat membantu orang ramai mengubah nasib masa depan dari segi KESIHATAN dan juga KEWANGAN."

Jika anda YAKIN saya mampu membawa anda ke puncak KEJAYAAN, ayuh kita bersama membina empayar. Tiada yang mustahil, semuanya jika diizinkan Allah. Yakinlah bahawa DIA ada bersama kita.

Salam ukhwah,

Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com






Tuesday 3 February 2015

BEKALAN TENAGA HARIAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya yakin anda semua tertunggu-tunggu info terkini tentang Shaklee bersama saya. Bulan Februari adalah bulan istimewa buat anda yang tercari-cari suplemen atau makanan tambahan yang terbaik untuk kesihatan.

Bercakap tentang suplemen, tahun ini merupakan ulangtahun yang ke 100 bagi multivitamin yang pertama dihasilkan di dunia iaitu VITALEA iron formula.



MULTIVITAMIN & MULTIMINERAL

Ia merupakan suplemen yang hebat dan seimbang serta paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vitalea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

KESAN PENGAMBILAN

Dengan pengambilan Vitalea ini secara harian, ia boleh;


  • Meningkatkan kesihatan dan kecergasan menyeluruh
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan kesihatan mata
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
  • Memberikan perlindungan terhadap kerosakan akibat serangan radikal bebas


Wow!! sangat bagus untuk meningkatkan tahap kesihatan kita semua. Untuk makluman anda semua, ia disokong oleh tujuh kajian klinikal. 

Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.

Vitalea juga menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan keberkesanan produk.

Jika anda berhajat untuk meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan dan menikmati KESAN terbaik multivitamin HEBAT ini, hubungi saya untuk konsultasi secara PERCUMA.



Ingin menjana pendapatan sehingga 6 angka?
Ingin berniaga sambil bekerja?
Ingin menjadi suri rumah sepenuh masa dan mendapat pendapatan sampingan?

Sertai saya di Golden Dreams bersama kumpulan JUTAWAN hebat.
Hebat duniawi dan ukhrawi, In Shaa Allah...

Salam mesra, 
Azu Naurah
012 6705753





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel